MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 11 May 2015

Lawatan Penanda Aras


Lawatan Penanda Aras Di 

SMK Simpang Empat 

Bangi

07 / 05 / 2015

























HARI KOPERASI SEKOLAH


Hari Koperasi Sekolah 

08 MEI 2015

Dewan Bitara 

Matlamat : 
  • Meningkatkan kesedaran tentang peranan koperasi sekolah dalam menerapkan jati diri yang murni disamping memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan murid - murid .





















Friday 1 May 2015

KB Kemanusiaan, Pn Norhasimah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah

Sesungguhnya, daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pulang. Lewat petang Khamis, 30 April, kami menerima satu berita yang maha mengejutkan. Baru petang semalam berjumpa. Baru semalam solat bersama. Berita yang kami terima sesungguhnya sukar untuk diterima pada permulaannya. Tetapi akhirnya kami akur bahawa ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia...

Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Norhasimah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan mengambil anaknya yang belajar di Kolej Perubatan Sultan Idris di Ipoh. Beliau membawa bersama anaknya yang bongsu, Adam yang berusia 9 tahun. Manakala suaminya pula selamat dan hanya mengalami kecederaan di lutut. Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga almarhumah. Berita kemalangan beliau diterbitkan dalam Harian Metro dan Berita Harian 1 Mei 2015.




Almarhumah selamat disemadikan di kampungnya di Kampung Paya Rambai Kota Bharu Kelantan pada Jumaat, 1 Mei 2015. Perjalanan yang agak jauh hanya membolehkan kami melawat pusara beliau yang terletak di kawasan perkuburan Masjid Paya Rambai Kota Bharu Kelantan. Rombongan kami berkonvoi dua buah kereta dari Kuantan; Tn Hj Abdul Razak (Pengetua), Ustaz Nazli (PK HEM), Pn Aini (KB Mate & Sains) dan keluarga, Pn Zahuara (KB Votek) dan suami, Pn Rahayati  dan Pn Zarina. Kami kemudiannya menziarahi keluarga almarhumah yang rumahnya tidak jauh dari situ.



Rombongan kami bertahlil untuk almarhumah
Pn Norhasimah
Semoga arwah Pn Norhasimah dan anak tenang menemui Ilahi. Beliau seorang yang sangat baik dan sentiasa menjaga perhubungan yang baik dengan rakan sekerja. Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Nya.