MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 19 May 2012

Kejohanan Boling Hari Guru

Acara wajib! Tidak sah sambutan Hari Guru SMK Bukit Rangin kalau tidak main boling. Kali ini di Kuantan Plaza. Ramai juga `jaguh-jaguh' baru yang turut serta seperti Tuan Haji Zaimi (Pengetua), Pn. Haniliza (PK Pentadbiran), Pn. Sharifah Ruthpa'aiyah, Pn. Norashida, Pn. Nor Azizah Bakri dan Pn. Nor Zalina. Meriah seperti kebiasaan, masing-masing menunjukkan `kehandalan' bersama rakan sepasukan.

Pelbagai aksi dapat disaksikan sepanjang kejohanan ibarat `menyusur lalu, melintang patah'!  Azam, semangat, kemahiran, `trial & error', lawak dan sorakan - semuanya menjadi satu. Begitulah kejohanan setahun sekali. Kemenangan perkara kedua. Apa yang penting kerjasama dan hubungan silaturrahim sesama warga kerja SMKBR merupakan perkara utama yang menjadi matlamat.








Keputusannya................

Terbaik kumpulan:
  1. Kumpulan Zulafandi
  2. Kumpulan Hanafiyeh
  3. Kumpulan Mahmudin

Terbaik Individu Lelaki:
  1. En. Mohd Hanafiyeh
  2. En. Mahmudin
  3. En. Zulafandi
Terbaik Individu Perempuan:
  1. Pn. Asnor Samiza
  2. Pn. Sharifah Ruthpa`aiyah
  3. Pn. Normysita bt Mohamed Mokhtar
Tahniah kepada yang menang!
Yang tidak menang, esok masih ada @ tomorrow never die....

Jumpa lagi tahun depan...........
Selamat Hari Guru!

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012



Atur cara sambutan Hari Guru SMK Bukit Rangin:

7.20 pagi
Semua murid berkumpul di Dewan Bitara
Ketua Kelas mengambil kehadiran

7.45 pagi
Perarakan masuk guru-guru ke Dewan Bitara
Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pahang
Bacaan Ikrar Guru
Nyanyian lagu Guru Malaysia
Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Ucapan Wakil Murid
Ucapan Wakil Guru
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ucapan Pengetua
Acara Memotong Kek Hari Guru
Bacaan Doa Hari Guru

9.45 pagi
Gimik Hari Guru
Persembahan Multimedia
Persembahan murid
Taklimat kesihatan (guru sahaja)

10.15 pagi
Rehat

11.00 pagi
Sukan padang
* Bola sepak
* Bola jaring
* Badminton

12.00 tengah hari
Sukaneka
* Batu Seremban
* Masuk Air Dalam Botol
* Anyam Ketupat
* Sepak Bola Kaki Kiri
* Masuk Paku Dalam Botol
* Boling Tradisional
* Catur IQ
* Baling Berisi Air
* Kerusi Air

Kelolaan:
Badan Pengawas, Ketua Kelas & Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Sekalung Penghargaan:
* YB Dato' Abdul Manan b Ismail, Parlimen Paya Besar
* En. Omran b Mohd Ali, Yang DiPertua PIBG SMK Bukit Rangin
* Tn Hj Zaimi b Abu Bakar, Pengetua SMK Bukit Rangin
* Pengusaha Kantin
- atas sumbangan kek dan jamuan Hari Guru 2012







Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan
Hari Guru 2012!

Friday 11 May 2012

Taklimat Dalaman PBS Tingkatan 1

Taklimat pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Tingkatan 1 kepada semua guru mata pelajaran telah bermula 8 - 11 Mei 2012. Semua guru diharap mengambil inisiatif untuk memulakan PBS dalam kadar segera mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Taklimat PBS Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Makmal Fizik 1



Taklimat PBS Sejarah di Bilik Guru


Wednesday 9 May 2012

Majlis Bacaan Ya Siin Mingguan



Fakta mengenai Surah Ya Siin:
  1. Mengandungi 83 ayat
  2. Surah ke-36 dalam al-Qur'an
  3. Dinamakan Ya Siin kerana dimulakan dengan huruf Ya dan Sin.
  4. Diturunkan sesudah Surah Al-Jin
Fadilat Surah Ya Siin:
Hadrat Ata ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW
diberitakan telah bersabda "Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi". Dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi al-quran ialah SurahYassin. Barangsiapa membaca SurahYassinAllah S.W.T. Akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh al-quran sebanyak sepuluh kali." Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan Surah Yassin dan Surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan kepada para malaikat pun berkata, "umat di mana al-quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati. Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahuluakan diampunkan. Oleh itu, jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."





Tuesday 1 May 2012

Selamat Hari Pekerja


Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
[Sumber: Wikipedia]