MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday 26 February 2015

Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuantan

Walaupun BRASS hanya berjaya mendapat saguhati dengan hadiah penyertaan sebanyak RM 600, tetap memberi pengalaman yang sangat mahal harganya. Terima kasih kepada pembimbing, Cg Rahaizad Md Din, guru Pendidikan Seni Visual dan Ustazah Farah Wahidah yang banyak membantu sepanjang penyediaan sepanduk. Tahun depan cuba lagi! 




Tuesday 17 February 2015

Merentas Desa

TAHNIAH 
kepada pasukan Syahbandar kerana menjuarai acara sukan Merentas Desa pada tahun ini.  Bagaimanapun, acara olahraga yang akan menyusul pada bulan Jun ini bakal menentukan siapakah jaguh sebenar. Harapan masih ada untuk pasukan Temenggung, Laksamana dan Bendahara untuk menguji nasib. Tungguuuu!!!




Pelepas, Pengetua Tn Hj Abdul Razak 

Lelaki Ting. 1

Monday 16 February 2015

Lawatan Penanda Aras SEMSAS-BRASS

Lawatan Penanda Aras BRASS ke SEMSAS Kuantan
14 Februari 2015
Guru-guru BRASS bersama guru dan Pengetua SEMSAS (tengah),
Tn Hj Abdul Rahim, juga mantan Pengetua BRASS 2008-2009

Lawatan Penanda Aras SEMSAS Kuantan ke BRASS
16 Februari 2015 
Pengetua SEMSAS,  Tn Hj Abdul Rahim bersama Pengetua BRASS,
Tn Hj Abdul Razak b Ahmad

Friday 13 February 2015

AWAD

Bermula pada tahun ini,  program AWAD @ A Word A Day yang masuk tahun ke-2 pelaksanaannya melangkah lebih jauh apabila melaksanakan 3 bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris,  Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Bahasa Inggeris dilaksanakan pada hari Isnin,  Selasa dan Khamis. Manakala Bahasa Melayu pada hari Rabu dan Bahasa Arab pula pada hari Jumaat. Suatu tindakan bijak dan paradigmatik  kerana program sokongan seperti ini diharapkan dapat menyemarakkan  lagi minat pelajar kepada subjek-subjek berkenaan dan menaikkan mutu pencapaian mereka dalam peperiksaan. 

AWAD Bahasa Inggeris 

AWAD Bahasa Melayu 

AWAD Bahasa Arab 

Semoga program ini dapat mencapai matlamat yang di harapkan. 

HOTS @ KBAT

HOTS (High Order Thinking Skills) ataupun KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) merupakan sebahagian daripada nilai yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Ianya merujuk kepada 4 aras teratas Taksanomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa,  menilai dan mencipta.


Matlamatnya adalah untuk mewujudkan generasi negara yang berfikiran kritis,  kreatif, logikal,  reflektif dan meta kognitif. Ertinya para pelajar bukan hanya menerima dan mengingat fakta @ teori, tetapi mampu pula mengeluarkan data itu dalam bentuk lain berserta idea baharu.






Thursday 12 February 2015

Taklimat PBS



Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)  BRASS,  Pn. Asnor Samiza bt Mohd Salleh di Bilik Mesyuarat. Antara isi taklimat ialah perubahan borang perekodan PBS yang menggabungkan semua subjek dalam satu lembaran. Satu perkembangan baik dan lebih efektif. Sebelum ini murid akan menerima banyak helaian laporan perekodan yang hanya menyumbang kepada pembaziran! Satu pujian harus diberikan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kerana mengambil langkah proaktif untuk perkembangan kemajuan murid Ting. 1, 2 dan 3 agar lebih efisien dan dinamis. 

Sunday 8 February 2015

Majlis Penghargaan dan Perpisahan Pengawas

Majlis diadakan sebagai menghargai 6 orang pengawas Tingkatan 4 yang akan bertukar sekolah kerana mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam ujian PT3 2014. Tahniah dan Selamat Maju Jaya di sekolah baharu! 







Wan Edzriani yang akan bertukar ke SM Sains Tunku Kurshiah
Seremban 

Khairul Ikhwan yang akan bertukar ke Maktab Tentera Diraja
Sungai Besi

Nordaliana yang bertukar ke SBPI Kuantan 

Norsuraya yang akan bertukar ke SMAP Bentong 

Anis Nabila yang akan bertukar ke SM Sains Seri Puteri Cheras

Noramiera yang akan bertukar ke SM Seri Puteri

Tuesday 3 February 2015

Penetapan Cuti Raya

Berikut ialah penetapan tarikh cuti Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali bagi tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Pahang bertarikh 26 Januari 2015.