MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Sunday, 26 February 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pakaian dan Beg Sekolah (HPBS) Yayasan Pahang bagi DUN Panching

Majlis penyampaian hadiah pakaian dan beg sekolah Yayasan Pahang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Zaili bin Haji Besar, ADUN Panching di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin.

Kronologi HPBS adalah seperti berikut
  • 15 Januari 2012 - Simbolik pelancaran HPBS oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di SMK Seri Pekan.
  • 30 Januari 2012 - Pelancaran program penyerahan HPBS oleh YAB Menteri Besar Pahang di Yayasan Pahang.
  • 16 Februari 2012 - Penyerahan HPBS DUN Beserah bersempena dengan lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Pahang.
Jumlah murid yang menerima bantuan mengikut sekolah dalam DUN Panching:
  1. SK Panching - 37 orang
  2. SK (F) Sg Panching Utara - 59 orang
  3. SK (F) SgPanching Selatan - 4 orang
  4. SK (F) Sg Panching Timur - 79 orang
  5. SK Pandan - 40 orang
  6. SK Permatang Badak - 53 orang
  7. SK Bukit Rangin - 49 orang
  8. SMK Seri Panching - 27 orang
  9. SMK Bukit Rangin - 17 orang
Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak penerima

Pendaftaran
YB Encik Zaili bersama wakil Yayasan Pahang,
wakil PPD Kuantan, YDP PIBG dan Pengetua SMKBR
Ucapan wakil Yayasan Pahang

Ucapan YB Encik Zaili

Sebahagian penerima yang berjumlah 365 orang
Penyampaian beg sekolah oleh YB Encik Zaili
 
Sebahagian ibu bapa
 
Seronok bersama beg sekolah baharu

Pengambilan pakaian sekolah di kaunter khas

Jamuan makan VIP

Jamuan makan hadirin

Tuesday, 21 February 2012

Taklimat Akhlak

Taklimat akhlak ini disampaikan oleh Ustazah Sharifah Ruthpa'aiyah, guru penyelaras Unit Bina Insan untuk memberi kesedaran dan penekanan kepada murid-murid Tingkatan 1 dan 2 tentang pergaulan, pakaian dan pertuturan. Murid-murid diingatkan supaya tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, bersentuhan tangan walaupun untuk bergurau. Murid-murid perempuan terutamanya diingatkan untuk memakai tudung yang lengkap dan kemas, menepati ajaran Islam iaitu melabuhkan tudung melebihi paras dada. Murid-murid dinasihatkan untuk membeli tudung sekolah bersaiz L kerana ia lebih sesuai dengan peringkat umur sekolah menengah. Akhir sekali, murid-murid diminta supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat sesama sendiri untuk mengelakkan pergaduhan.






Reza di US

Inilah cerita terbaru Reza di bumi US yang dimuatkan di facebook 5 Cendekia 2011 pada 11 Februari lalu .....
Greetings from California, USA guys! Things have been awesome here. Awesome family, awesome friends and awesome teachers! I'm taking American Government,Choir, PE, AP Language Art, Yearbook/Journalism and ROP Multimedia (Diorang guna Macbook pro kot). And yeah.. I'm joining tracks here. Plus, we have an AFS Club and Asian Cultural Club here. It's awesome! AFS club's organizing a trip to San Francisco this April, seniors are going to Disneyland, UC Berkleys and Monterey Bay for prom, last but not least, our choir team/class will perform at Six Flags Discovery Kingdom this April. Vans here is only $45..Bought one for myself. Plus! I was interviewed for the local newspaper here and my face was on front page!
Begitulah seronok bunyinya Reza di sana dengan pelbagai aktiviti yang dilaluinya bersama pelajar-pelajar `mat saleh' kat sana. Nampaknya ada `orang putih' yang dah kenal Reza sebab masuk muka depan surat khabar kat sana. Happy for him. God bless you always Reza!

Sunday, 19 February 2012

Salam Takziah

Takziah diucapkan kepada Puan Norasyida bt Mohd Zin kerana kepulangan anakandanya ke rahmatullah lewat petang semalam. Adik Hamka yang berusia 7 tahun telah terkena sengatan dua ekor tebuan (dipercayai tebuan tanah) sewaktu mengikuti bapanya memancing bersama dua lagi abangnya. Adik Hamka telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Jenazah adik Hamka telah dikebumikan pagi tadi di perkuburan Jaya Gading.

Sesungguhnya, tempat adik Hamka sememangnya di syurga. Pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya. Semoga sahaja kedua ibu bapanya dapat bersabar dengan ketentuan ini. Al-Fatihah!

Monday, 13 February 2012

Pelancaran Polisi Sekolah Selamat

Matlamat
Mewujudkan sekolah yang tenteram dan kondusif untuk membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sahsiah.

Objektif
  1. Mewujudkan persekitaran selamat
  2. Mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat sekolah
  3. Mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain
  4. Melahirkan murid berilmu dan berakhlak mulia
  1. Pergi dan balik sekolah
  2. Keselamatan di tempat belajar
  3. Kebersihan dan kesihatan
  4. Disiplin
  5. Bencana alam
  6. Keselamatan gangguan emosi dan rohani
  7. Keselamatan harta benda
  8. Kegiatan luar
  9. Pencerobohan kawasan sekolah
  10. Keselamatan PJPK, sukan dan kokurikulum.
Pengisian Program
  • Taklimat Polisi Sekolah Selamat (disampaikan oleh En. Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi, PK Hal Ehwal Murid)
  • Ceramah Polisi Sekolah Selamat (disampaikan oleh Pn. Aini bt Salihan, Pegawai Keselamatan Jalan Raya Negeri Pahang)'
  • Perasmian Polisi Sekolah Selamat oleh En. Zairasyahli bin Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Pahang.
     






Friday, 10 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini lebih meriah apabila para guru dan murid berarak melaungkan salawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. Walaupun jaraknya agak dekat, tetapi memadai sebagai tanda meraikan kelahiran Utusan Allah itu. Acara diteruskan dengan alunan nasyid kumpulan Sautun Nasihah. Seterusnya, program sambutan Maulidur Rasul lebih bermakna apabila ceramah agama `Happy Birthday Ya Rasulullah' disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz Syed Mohd Akhiruddin bin Syed Yahaya dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kem Batu 5 Mentakab Pahang. Shukran jazilan ya ustaz! Semoga roh dan semangat untuk sambutan Maulidur Rasul terus mekar hingga akhir zaman.
Law  Kaana Bainana Ya RasululLah!!!









Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Tuesday, 7 February 2012

Latihan Rentas Desa

Larian merentas desa adalah acara tahunan setiap sekolah. Larian merentas desa tidak sama dengan larian acara pecut 100m atau 200m. Jarak larian merentas desa hingga sejauh 5km. Maka strategi yang sesuai perlu digunakan oleh pelajar.

Acara larian merentas desa ini mengajar dan mendidik para pelajar nilai daya tahan fizikal dan mental. Hanya pelajar yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi mampu mencapai kejayaan. Amatlah rugi jika ramai pelajar yang hanya menghabiskan 80% acara ini dengan berjalan saja.

Nilai daya tahan fizikal dan mental dari acara larian merentas desa ini boleh digunakan dalam kehidupan pelajar sekarang dan masa hadapan. Mengatasi cabaran dan persaingan melalui trek yang berliku adalah sama dengan perjalanan mencapai kejayaan dalam karier dan bidang keusahawanan.

Nilai daya tahan fizikal dan mental adalah penentu kejayaan seseorang dalam bidang pekerjaan dan keushawanan. Mereka yang mempunyai nilai ini pasti berusaha mengatasi setiap cabaran dan masalah hingga mencapai kejayaan. Mereka tidak mudah mengalah atau putus asa berusaha dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. [Sumber: Motivasi Modal Insan Juara]







Latihan Rentas Desa dah bermula. Persediaan untuk hari berlangsung pada 3 Mac nanti. Kemenangan pasti berpihak kepada yang berazam dan beriltizam. Sedikit pembaharuan pada tahun ini apabila latihan murid lelaki dan murid perempuan dibezakan harinya. Teruskan!!!

Friday, 3 February 2012

Lawatan Penanda Aras ke SHAKs

Ibarat kata pepatah Melayu, jauh berjalan luas pengalaman. Dan ibarat kata pepatah Inggeris, erxperience is the best teacher. Selepas lawatan penanda aras kali pertama ke SBPI Kuantan dan SMK Bukit Goh Januari lepas, Tuan Pengetua bersama beberapa orang pentadbir sekali lagi mengadakan lawatan penanda aras dan kali ini ke SM Sultanah Hajah Kalsom (SHAKs) dan SMK Pelabuhan Kuantan pula. Ibarat berjumpa rakan lama, rombongan SMKBR disambut baik oleh bekas Pengetua Tuan Haji Abdul Rahim (sekarang Pengetua SHAKs). Tujuan lawatan adalah untuk melihat beberapa lokasi seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Dokumentasi, tandas dan kantin. Juga untuk membincangkan program immersion yang akan diadakan untuk murid-murid cemerlang Tingkatan 5.

Wednesday, 1 February 2012

Kemahiran Belajar Tingkatan 3 & 5







Seminar ini dikendalikan oleh Skor A Edu Consultation dari Kuala Lumpur. Satu seminar Skor A akan diadakan di Kolej Shahputra pada 18 Februari sebagai program susulan. Murid-murid yang berminat boleh mendaftar nama pada guru-guru kaunseling.