MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 25 January 2016

MAJLIS ANUGERAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS & BADAR

Atur Cara  Majlis

8.00 PAGI

¨ Perarakan masuk Tuan Pengetua dan Pentadbir
¨ Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
¨ Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah
¨ Bacaan Doa
¨ Ucapan Tuan Pengetua
¨ Ucapan Perasmian oleh CP Dato’ Sri Sharifuddin b Ab Ghani
Ketua Polis Negeri Pahang
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua  Kelas dan Pen. Ketua Kelas
oleh Pn. Norziah bt Johod, PK Kokurikulum
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan BADAR
oleh En. Nazli b Mahmud, PK Hal Ehwal Murid BRASS
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
oleh Pn. Foziah bt Abdullah, PK Pentadbiran  BRASS
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
oleh Tn Hj Abdul Razak b Ahmad, Pengetua BRASS
¨ Pelantikan Exco Badan Pengawas 2016
oleh CP Dato’ Sri Sharifuddin b Ab Ghani
Ketua Polis Negeri Pahang
¨ Ikrar Pelantikan oleh Ketua Murid
¨ Penyampaian Cenderamata Perasmi
¨ Majlis selesai


Majlis Anugerah

Watikah Pelantikan

Badan Pengawas, Badan Pengawas Pusat Sumber (PSS),Badan Ketua Kelas dan Badan Dakwah & Rohani (BADAR) merupakan antara badan-badan kepimpinan murid yang memainkan peranan yang agak besar dalam membantu guru-guru dalam bidang pengurusan dan disiplin murid-murid. Mereka merupakan murid pilihan yang mempunyai keterampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Justeru,sebagai tanda pengiktirafan kepada mereka Majlis Anugerah Watikah Pelantikan diadakan untuk melantik secara rasmi murid-murid yang telah berjaya dalam tempoh percubaan mereka.

Rasional

Jawatan yang digalas dapat melatih mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.


Objektif

1. Pengawas Sekolah dapat melaksanakan tugasan dalam membantu pengurusan disiplin sekolah khasnya dan pentadbiran amnya.
2. Pengawas Pusat Sumber dapat membantu pengurusan buku dan bilik Pusat Sumber Sekolah.
3. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dapat membantukawalan murid dan pengurusan dalam kelas.

Pengawas BADAR dapat  menguruskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian untuk membina insan yang cemerlang















































Saturday 16 January 2016

GOTONG ROYONG PERDANA

Program ini melibatkan keceriaan kelas, dan juga bilik-bilik khas. Para guru dan murid bersama-sama berganding bahu meneruskan tradisi sejak dari awal penubuhan SMK Bukit Rangin. Murid-murid yang hadir membantu telah diberikan  makanan sebagai menghargai sumbangan mereka. Program yang bermula sekitar pukul 8.30 pagi berakhir pada kira-kira pukul 12.30 tengahari.