MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 3 April 2010

Lawatan Belajar ke Santuari Penyu Cherating & Stesen Satelit Bumi Beserah

31 Mac 2010. Lawatan belajar selama satu hari ini bermula dengan lawatan ke Santuari Penyu Cherating. Lawatan ini disertai oleh 80 orang ahli Kelab Rukunegara, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Kelab Bimbingan dan Kerjaya. Kami bertolak dari SMK Bukit Rangin pada jam 8.10 pagi dan tiba di Santuari Penyu pada jam 8.55 pagi. Kedatangan kami disambut oleh pegawai yang bertugas, Haji Abd Karim bin Mohd Shah. Kami dihidangkan dengan tayangan video pemuliharaan penyu di santuari dan disusuli dengan penerangan ringkas tetapi padat oleh Haji Abdul Karim. Haji Abdul Karim pandai menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam taklimat beliau menyebabkan kami tidak kering gusi ketika mendengar taklimat tersebut. Beliau kemudian memberi ruang kepada kami untuk bertanyakan soalan ketika sesi soal-jawab. Antara soalan-soalan yang ditimbulkan ialah:
1.   Bagaimana mengetahui umur penyu?
2.   Mengapa hanya 2 spesis penyu sahaja yang mendarat di Cherating iaitu Penyu Agar dan Karah?
3.   Bagaimana mengetahui jantina penyu?
4.   Adakah Penyu Belimbing dianggap spesis pupus atau terancam?
5.   Mengapakah penyu selalu dikatakan menangis?
            Selesai sahaja taklimat, kami bergerak ke galeri pameran penyu dan kolam pemeliharaan penyu. Di situ kami dapat melihat gambar-gambar penyu dan informasi tambahan tentang penyu. Kami juga diberi penerangan tentang pemakanan penyu dan penjagaan. Sebelum bertolak balik, pihak sekolah menyampaikan sumbangan untuk Santuari Penyu. Kami dipelawa untuk datang lagi pada sekitar bulan Mei hingga Ogos kerana waktu itu ialah musim penyu bertelur. Kami bertolak dari Santuari Penyu pada jam 10.20 pagi.
             Lawatan kami diteruskan ke Stesen Satelit Bumi yang terletak di Beserah, Kuantan. Kami tiba di Stesen Satelit pada jam 11.00 pagi. Puan Fauziah membuat laporan kehadiran kami di Pondok Keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan stesen.
             Pengurus Stesen Satelit, En. Mohd Nafiah bin Husin menyambut kehadiran kami dengan penuh ramah. Beliau memberi sedikit taklimat ringkas terutama dalam aspek keselamatan memandangkan stesen adalah tempat terkawal. Jumlah kami yang ramai menyebabkan kami dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut bas yang dinaiki. Setiap kumpulan bertukar giliran ke Bilik Kawalan dan Bilik Taklimat. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di Bilik Kawalan untuk tujuan keselamatan stesen.
              Kami mengambil peluang merakam gambar kenang-kenagan di galeri pameran dan di luar bangunan stesen sehinggalah jam 1.15 petang untuk kami pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Gelora untuk makan tengahari. Tepat pada jam 2.00 petang, kami pun bertolak balik ke sekolah dan tiba pada jam 2.40 petang.
               Ibarat pepatah Melayu, jauh berjalan luas pengalaman. Lawatan ke Santuari Penyu mengajar kami untuk menghargai hidupan alam yang lain seperti haiwan. Mereka juga perlu dilindungi supaya tidak terancam dan mengelakkan daripada kepupusan. Penyu ialah seekor haiwan yang semakin diancam kepupusan ekoran daripada pencemaran alam sekitar dan laut. Stesen Satelit Bumi pula banyak memberi kami pengetahuan tambahan tentang satelit yang jarangkali kita dengar di mana-mana. Di situ kami mengetahui tentang fungsi sebenar satelit iatu untuk perhubungan, ketenteraan dan penyiaran. Kami diberitahu bahawa siaran TV yang diterima di rumah-rumah ialah hasil daripada pemancar yang terdapat di Bukit Pelindung termasuklah di kawasan Beserah itu sendiri dan bukannya daripada pemancar-pemancar yang terdapat di situ! Pemancar-pemancar di situ berfungsi untuk memancarkan informasi di bumi ke satelit di angkasa bagi meningkatkan hubungan telefon dan siaran TV antarabangsa. Kami di beri peluang menonton siaran langsung TV di Macau dan Cuba. Selain itu kami juga di dedahkan dengan maklumat tentang satelit dunia dalam internet. Sesungguhnya lawatan ini telah membuka satu lagi ruang lingkup pemikiran murid-murid ke arah yang lebih dinamis.
Click to play this Smilebox photobook: Santuari Penyu Cherating
Create your own photobook - Powered by Smilebox
This photo book design customized with Smilebox

Click to play this Smilebox photobook: Stesen Satelit Bumi
Create your own photobook - Powered by Smilebox
This free photobook created with Smilebox

1 comment:

  1. salam.. saya salah seorang peserta yang mengikuti rombangan tu.. best tau dpt tgk penyu ngan tengok satelit.. harap sekolah dapat menganjurkan lagi aktiviti2 sepeti ini.



    -ummu_2cen-
    -puteri-islam-

    ReplyDelete