MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 6 July 2012

Jejak Gemilang PiSSA


Buat kesekian kalinya, Yayasan Pahang telah berjaya menganjurkan Seminar / Bengkel Jejak Gemilang PiSSA (Projek Intervensi Semua Subjek Satu A)  bagi tahun 2012 pada 26 – 29 Jun yang lepas bertempat di Bukit Gambang City Resort. Program ini melibatkan seramai 187 orang pelajar cemerlang dari seluruh negeri Pahang termasuk dua orang pelajar SMK Bukit Rangin iaitu Nur Farahiyah Bt Abdul Ghani dan Nur Zuhaily Bt Zulkefly dari kelas 5 Cendekia.

            Program 4 hari 3 malam ini ialah kesinambungan daripada tuisyen PiSSA yang telah dijalankan semenjak bulan Mac yang lalu berpusat di sekolah-sekolah yang terpilih antaranya SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Semsas), SMK Abdul Rahman Talib (Smart), SMK Sultan Abu Bakar (SABS), SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Shah Pekan), SM Sains Tengku Abdullah (Semesta, Raub), SMK Sulaiman, Bentong dan Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur. 

            Bengkel dan seminar PiSSA ini melibatkan tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Penceramah-penceramah terdiri daripada guru-guru cemerlang yang banyak memberikan tips-tips dan kaedah-kaedah yang tertentu bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua subjek.





            Diharapkan dengan adanya program seperti ini, Negeri Pahang dapat mencapai target dalam melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam SPM 2012. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4  yang berminat untuk menyertai Program Kecemerlangan PiSSA, pastikan anda  mendapat 7A ke atas di dalam Peperiksaan Akhir Tahun nanti.

Tulisan:
Pn. Siti Khadijah bt Baharum
Setiausaha Kurikulum SMKBR
@ Urusetia PiSSA 2012

No comments:

Post a Comment