MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday 23 July 2012

Majlis Pelantikan Pengawas & Ketua Kelas

Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan NADI sekolah. Mereka merupakan murid-murid yang terpilih kerana akhlak dan keterampilan yang baik dan cemerlang. Secara amnya, mereka berperanan sebagai pembantu guru. Organisasi ini tidak akan berjaya merealisasikan visi dan misi tanpa sokongan dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang berdedikasi dan berwibawa.

Justeru majlis pelantikan Pengawas dan Ketua Kelas ini merupakan agenda tahunan sekolah bagi mengiktiraf barisan kepimpinan murid. Seramai 17 orang murid lelaki dan 29 orang murid perempuan dilantik secara rasmi dalam satu majlis khas pagi ini di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin. Majlis juga diadakan untuk pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Muhammad Naiemuddin bin Zakaria (5 Terampil) dan diikuti oleh penyampaian watikah pelantikan kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Nazli bin Mahmud. Seterusnya Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar menyampaikan watikah pelantikan kepada para Pengawas. Majlis diteruskan dengan pengumuman Ketua Murid 2012/13 iaitu Muhammad Nur Izman bin Mohd Rakhzam dan Penolong Ketua Murid sesi 2012/13 iaitu Nur Aqila Yasmin binti Mohd Zuki. Pengumuman dilakukan oleh PK HEM, En. Nazli bin Mahmud. Sebagai simboliknya, tuan pengetua menyarungkan blazer kepada kedua-dua mereka yang dilantik.


Pengacara majlis, Muhd Naiemuddin b Zakaria
Majlis diteruskan dengan penyerahan tugas barisan Exco Badan Pengawas 2011/12 kepada Exco Badan Pengawas 2012/13. Secara simboliknya, penyerahan tugas berbentuk fail tugasan itu menandakan berakhirnya tugasan barisan exco lama yang kebanyakan akan menghadapi peperiksaan SPM dan PMR tidak lama lagi. Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada barisan exco baru dan syabas dan terima kasih kepada barisan exco lama yang telah menjalankan tugas dengan sabar dan berdedikasi.

Kemuncaknya, ikrar pengawas dan ketua kelas diketuai oleh Ketua Murid 2012/13, Muhammad Nur Izman bin Mohd Rakhzam sebelum meneruskan dengan ucapan dasar sebagai Ketua Murid baharu. Majlis berakhir dengan ucapan tuan pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan murid yang baru dilantik. Beliau menyatakan bahawa mereka perlu saling bekerjasama dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing untuk mengatasi kelemahan yang ada. Mereka juga merupakan agen yang penting untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Beliau juga melahirkan harapan agar mereka dapat menjadi role model kepada murid-murid lain.





Pengumuman Ketua Murid dan Pen. Ketua Murid
2012/13 oleh PK HEM, En. Nazli b Mahmud




Ketua Murid 2012/13,
Muhd Nur Izman b Mohd Rakhzam (4E)
Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi b Abu Bakar


No comments:

Post a Comment