MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 6 August 2012

Keajaiban Al-Qur'an

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 185

    “ Bulan Ramadhan yang didalamnya diturunkan al Qur’an sebagai petunjuk bagi
      manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza “
.
Tarikh keramat 17 Ramadhan menjelma kembali. Maka sebagai umat yang diseru supaya menjadikan al Qur’an sebagai panduan hidup, marilah kita bersama-sama menyingkap rahsia-rahsia al Qur’an yang telah dibekalkan oleh Allah S.W.T.ini supaya kecintaan dan kesetiaan  kita terhadapnya bertambah subur, mekar mewangi.
Ayat di atas menerangkan tiga peranan al Qur’an kepada umat manusia iaitu sebagai petunjuk, penerangan kepada petunjuk dan sebagai pembeza iaitu membezakan antara yang hak dan batil.  Justeru itu, umat Islam wajib mendekati, membaca serta mengamalkannya sebagaimana para sahabat baginda serta golongan ulamak salafus soleh yang terdahulu.  Adakah kita tidak pernah menyusuri kehidupan mereka sehingga tidak mengetahui bagaimana pengamalan mereka terhadap al Qur’an?  Ya anakanda semua, di situlah silapnya kita, asyik mengikuti kehidupan idola yang bukan contoh terbaik tetapi tidak berminat mengetahui tentang al Qur’an..

Maka lihatlah tiga contoh teladan ini:  
  • Imam Abu Hanifah misalnya, dalam solat malamnya, beliau sering mengulang-ulang bacaan sesetengah ayat sampai 10 kali untuk menghayati maknanya sehingga beliau menangis teresak-esak.  Beliau telah mengkhatamkan al Qur’an pada setiap hari dan melakukannya sebanyak dua kali pada bulan Ramadhan.
  • Imam as Syafei pula, khatam al Qur’an juga pada setiap hari dan apabila sampai pada Surah al Mursalat ayat 15 – 26, tiba-tiba wajahnya berubah pucat, bulu romanya berdiri, badannya menggeletar dan beliau pengsan.
  • Imam Ahmad ibnu Hanbal, khatam al Qur’an pada setiap minggu dan beliau membaca didalam solat malamnya sebanyak 50 hingga 100 ayat, beliau mengerjakan solat malam sebanyak 300 rakaat setiap malam.
Untuk menzahirkan kecintaan yang sedalam ini,  tidak boleh dinafikan kita mesti terlebih dahulu mengenal al Qur’an, memahami isinya, membacanya dengan sebaik-baik bacaan, tak kenal maka tak cinta, itulah hakikatnya.

Dalam berjuta rahsia al Qur’an, marilah kita selami beberapa daripadanya, moga ianya meresapi jiwa yang kosong ini dan menumbuhkan bibit-bibit cinta kepada Al Rahman pemilik al Qur’an yang Agung. 
 
1.  Kejadian Besi
Daripada Surah al Hadid ayat 25, firmanNya yang berbunyi :

  Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
pelbagai manfaat bagi manusia “.
Kalimah نَزَلَ yang bermaksud turun dalam ayat di atas hanya dapat disingkap hasil kajian saintifik bahawa besi dihasilkan daripada bintang-bintang di langit, bintang-bintang yang lebih besar daripada matahari yang suhunya mencapai ratus juta darjah. Apabila bintang-bintang itu tidak mampu menampungnya, ia meledak dan meteor-meteor besi akan bertaburan di serata alam sehingga ditarik oleh gravity bumi. Inilah di antara beribu-ribu lagi maklumat yang tidak diketahui pada abad turunnya al Qur’an tetapi baru ditemui masakini.

2.  Bilangan penurunan Al-Qur'an           
Manakala kehebatan ketiga yang akan dipetik disini ialah al Qur’an hakikat penurunannya dari sudut bilangan. Pertama, Kajian Dr Tariq al Suwaidan dalam bukunya “ The series of the Scientific Miracles of Qur’an “ mendedahkan terdapat keseimbangan bilangan antara dua perkara yang berpasangan, contohnya kalimah –kalimah berikut:
  • Dunia / Akhirat - kedua-duanya disebut sebanyak 115 kali
  • Hidup / Mati - kedua-duanya disebut sebanyak 145 kali
  • Malaikat / Syaitan - kedua-duanya disebut sebanyak 88 kali
  • Kedua , penggunaan angka 19. Dalam Surah Al Muddasir, Allah berfirman :
“ …… Di atasnya ada sembilan belas…”

Banyak fizikal ayat yang didatangkan dalam bilangan sembilan belas atau gandaan kepada sembilan belas, contohnya :

ada sebanyak 19 huruf. بسم الله الرحمن الرحيم Kalimah
Ia juga disebut di dalam al Qur’an sebanyak 114 kali iaitu 19 x 6
  • Kalimah إسم diulang sebanyak 19 kali
  • Kalimah الله diulang sebanyak 2698 kali iaitu 19 x 142
  • Kalimah الرحمن diulang sebanyak 57 kali iaitu 19 x 3
  • Kalimah الرحيم diulang sebanyak 114 kali iaitu 19 x 6
Banyak lagi ayat, teknik penyusunan, bilangan ayat, bilangan surah yang semuanya menggunakan metod ini, adalah mustahil ia berlaku secara kebetulan tetapi sudah tentu kerana Allah ingin menggambarkan kehebatanNya. Perlu juga diingat bahawa angka 19 dari sudut matematik digelar angka perdana iaitu satu angka yang tidak akan habis jika dibahagikan dengan angka mana sekalipun kecuali dengan dirinya sendiri.

Begitulah Allah menggambarkan diriNya di dalam kitabNya supaya manusia mengambil pengajaran darinya tetapi berapa ramaikah yang mahu mengambil peluang ini. Oleh itu, bersempena dengan kehadiran Ramadhan 1433H ini, ayuhlah kita lakukan perubahan, hargai kehadiran al Qur’an dalam kehidupan. (Dipetik daripada Tazkirah Nuzul Quran yang diampaikan oleh Ustazah Nagyah bt Abdul Wahid, Guru MP Pendidikan Islam SMKBR)
 
 
3.   Lapisan Kulit
Seorang ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakulti Farmasi Universiti Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam sewaktu membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang memetik surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahawa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit kerana hujung saraf sensorik sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam.

Bunyi dari surat An-Nisa’ tersebut antara lain sebagai berkut;"Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Bijaksana."
 
Ditinjau secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan global yaitu; Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan Sub Cutis banyak mengandung hujung pembuluh darah dan saraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus sub cutis) salah satu tandanya yaitu hilangnya rasa sakit dari pesakit. Hal ini disebabkan kerana sudah tidak berfungsinya hujung serabut saraf afferent dan efferent yang mengatur sensasi penerimaan. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rosak pada saat ia menyiksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut.
 

 
Maha besar Allah yang telah menyisipkan firman-firman-Nya dan informasi kebesaran-Nya tentang sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh saraf dsb. Rabbana makhalqta hada batila, Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang engkau ciptakan itu sia-sia.

4.  Pertemuan Dua Mata Air Di Lautan
Seorang pakar kelautan menyatakan betapa terpesonanya ia kepada Al-Quran yang telah memberikan jawaban dari pencariannya selama ini. Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanografer, yang sering muncul di televisi pada acara Discovey, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeda kadar kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang Lainnya. Bertahun-tahun ia berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawaban misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia menjelaskan tentang ayat Al-Quran Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53. Awalnya ayat itu ditafsirkan muara sungai tetapi pada muara sungai ternyata tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau sampai ia masuk Islam. Kutipan ayat tersebut antara lain sebagai berikut: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antar-keduanya dinding dan batas yang menghalang.” (QS Al-Furqon: 53).
 

5. Peratusan Air Laut
Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:
Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
  • Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
  • Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
  • Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
  • Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
  • Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
  • Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13
Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :
Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%
Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini. (http://feryco.com/kebenaran-islam-keajaiban-al-quran)

6.  Sujud dalam Solat
Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.
Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.





Otak manusia seperti orang sedang sujud. Subhanallah!

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

7.  Titik Paling Rendah di Muka Bumi
Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi. Dengan itu kenyataan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.




Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan. (http://zaharuddin.net/al-quran-&-hadith/62-bahagian-dua--keajaiban-al-quran-diakui-sains-a-fakta-ilmu.html)

8.  Sistem Cakerawala 



Tata Surya Matahari dengan 8 planetnya benar kiranya jika Al Qur’an disebut sebagai mukjizat. Bagaimana tidak, ternyata ayat-ayat Al Qur’an yang diturunkan di abad ke 7 masehi di mana ilmu pengetahuan belum berkembang (saat itu orang mengira bumi itu rata dan matahari mengelilingi bumi), sesuai dengan ilmu pengetahuan modern yang baru-baru ini ditemukan oleh manusia.
Sebagai contoh ayat di bawah:
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” [Al Anbiyaa:30]

Saat itu orang tidak ada yang tahu bahawa langit dan bumi itu awalnya satu. Ternyata ilmu pengetahuan modern seperti teori Big Bang menyatakan bahwa alam semesta (bumi dan langit) itu dulunya satu. Kemudian akhirnya pecah menjadi sekarang ini.
Kemudian ternyata benar segala yang bernyawa, termasuk tumbuhan bersel satu pasti mengandung air dan juga membutuhkan air. Keberadaan air adalah satu indikasi adanya kehidupan di suatu planet. Tanpa air, mustahil ada kehidupan. Inilah satu kebenaran ayat Al Qur’an.
Tatkala merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, ditegaskan bahwa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)


Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahwa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu: “Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)

9.  Bulan Terbelah
Peristiwa bulan terbelah merupakan satu lagi bukti kebenaran al-Quran. Peristiwa ini terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Pada suatu ketika, kaum kuffar dan musyrikin Mekah telah meminta Rasulullah SAW memperlihatkan kepada mereka alamat dan tanda-tanda kebenaran kenabian baginda SAW. Anas r.a telah berkata tentang hal ini bahawa Rasulullah SAW telah diminta oleh ahli Mekah supaya memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kebenaran dakwaan kenabian baginda Rasulullah SAW. Maka baginda pun menunujukkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sehingga semuanya dapat melihat gua Hira' di antara dua belahan tersebut.

Kesan belahan pada bulan yang kekal sehingga hari kiamat
Terdapat satu kisah yang sangat masyhur berkenaan seorang poiltikus dan ahli ekonomi Britain, Daud Musa Bikuk yang membentuk parti Islam di Britain selepas keislamannya dan sekarang menjadi presiden di dalam parti tersebut. Cerita tentang sebab keislamannya adalah begini. Dalam beliau sedang mencari-cari maklumat dan kebenaran tentang agama, seorang sahabatnya telah menghadiahkan kepadanya senaskah Al Quran terjemahan di dalam bahasa Inggeris. Beliau pun membaca terjemahan tersebut sehinggalah sampai kepada ayat pertama surah Al Qamar yang menceritakan bahawa bulan telah terbelah dua. Dia terus berkata penuh rasa pelik dan janggal,"Tengok ni!! Bulan telah terbelah??!!". Lantas beliau menutup Al Quran tersebut dan tidak membukanya lagi.
Tidak berapa lama kemudian, semasa beliau sedang menonton sebuah rancangan di dalam siaran televisyen BBC yang memaparkan perbincangan antara stesen penyiaran tersebut dengan tiga orang ahli sains dan astronomi Amerika yang berkerja dengan pihak National Aeronautics & Space Administration (NASA). Stesen tersebut menyalahkan Amerika kerana membelanjakan berbilion dolar untuk projek angkasa dalam masa yang sama berjuta-juta manusia menderita akibat kemiskinan.

Ahli sains tersebut cuba untuk menerangkan sebab dan alasan mengapa projek eksplorasi angkasa ini sangat penting dan akhirnya menyatakan projek itu menelan belanja sebanyak 100 bilion dolar. Stesen itu mempertikaikan lagi dengan menyatakan " kamu membelanjakan duit yang sangat banyak hanya untuk meletakkan bendera Amerika di bulan dan hanya untuk mencari persamaan apa yang ada di bulan dan di bumi?". Ahli saintis itu menjawab lagi dengan pelbagai alasan sehingga akhirnya membawa kepada perbincangan penemuan belahan yang ada di bulan yang dipanggil Belt Of Rocks atau lingkaran garisan batuan yang memanjang bermula dari atas permukaan bulan sehingga sampai ke bahagian dalam bulan yang sangat dalam. Mereka yang sangat terkejut dengan penemuan ini memberikan maklumat tersebut kepada ahli geologi mereka yang juga sangat terkejut bila mengetahui hal tersebut. Mereka akhirnya membuat kesimpulan dengan mengatakan perkara tersebut tidak mungkin dan mustahil terjadi kecuali bulan pernah terbelah dua dan kembali bercantum. Batu-batuan yang berlapis-lapis dan berlanggaran antara satu sama lain itu adalah kesan impak atau perlanggaran apabila berlaku proses dua bahagian bulan yang terpisah bercantum kembali.

Mendengar dan melihat apa yang dipaparkan di hadapan matanya, Daud Musa terus terlompat dari duduknya dan menyatakan " Ini adalah mukjizat Muhammad yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, dan sekarang orang-orang Amerika membelanjakan berbilion dolar untuk membuktikannya kepada orang-orang muslim". Dia kemudian berkata lagi " ini semestinya agama yang benar". Akhirnya surah Al Qamar yang pada mulanya menyebabkannya tidak mempercayai Islam akhirnya menjadi sebab kepadanya untuk memeluk Islam.
Menurut sumber sains yang lain pula, Allah SAW sengaja mencantumkan bulan selepas pembelahannya secara berbeza dan bukan dengan keadaannya yang asal. Ini dapat dilihat apabila kita meneliti garisan belahan bulan yang melingkungi bulan. Garisan tersebut seperti berbeza dan lari sedikit daripada keadaannya yang asal. Kesan itu terlihat pada bukit-bukit, gunung-gunung dan kawah-kawah yang berada pada garisan belahan bulan yang memanjang. Maksudnya kalau hujung kawah yang berada di sebelah kanan ketika ianya terbelah, setelah bercantum ianya tidak betul-betul menyamai dengan hujung kawah sebelah kiri yang separuh lagi. Kesan yang sama terlihat di bukit-bukit dan gunung-gunung di bulan sepanjang garisan belahan bulan. Subhanallah..Allah sengaja meninggalkan kesan yang sememangnya  tidak kebetulan itu untuk memperlihatkan kebesaranNya dan kebenaran baginda SAW kepada kita manusia yang hidup di akhir zaman ini.




"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu."
10.  Langit yang mengembang (Expanding Universe)
Dalam Al Qur’an, yang diturunkan 14 abad silam di saat ilmu astronomi masih terbelakang, mengembangnya alam semesta digambarkan sebagaimana berikut ini: “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Al Qur’an, 51:47)
Menurut Al Qur’an langit diluaskan/mengembang. Dan inilah kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini. Sejak terjadinya peristiwa Big Bang, alam semesta telah mengembang secara terus-menerus dengan kecepatan maha dahsyat. Para ilmuwan menyamakan peristiwa mengembangnya alam semesta dengan permukaan belon yang sedang ditiup.


Hingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini di dunia ilmu pengetahuan adalah bahwa alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan. Namun, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi moden, mengungkapkan bahawa alam semesta sesungguhnya memiliki permulaan, dan ia terus-menerus “mengembang”.
Pada awal abad ke-20, fisikawan Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre, secara teoritis menghitung dan menemukan bahawa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.
Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929. Ketika mengamati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, seorang astronom Amerika, menemukan bahawa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi.
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailaha IllaLlah
ALLAHU AKBAR!

No comments:

Post a Comment