MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 10 October 2012

Format baharu pentaksiran kertas Sejarah SPM

Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014. Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Mengikut format pentaksiran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada April lalu, subjek Sejarah akan diuji dalam tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan. Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Ia menyumbang 30 peratus daripada markah keseluruhan.

Manakala Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang dibahagikan kepada Bahagian A untuk soalan berbentuk struktur dan Bahagian B untuk esei. Semua calon wajib menjawab empat soalan yang terdapat dalam Bahagian A. Sepuluh markah untuk setiap soalan. Bahagian B mengandungi tujuh soalan dan calon hanya perlu menjawab tiga soalan sahaja. Dua puluh markah untuk setiap soalan. Jumlah markah ialah 100 tetapi secara keseluruhan Kertas 2 menyumbang sebanyak 50 peratus. Tempoh ujian untuk Kertas 2 ialah selama dua jam setengah.
Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan.

Tema/tajuk tugasan umum akan diberikan sebulan sebelum tarikh peperiksaan Kertas 3. Manakala tajuk tugasan khusus dan panduan menjawab Kertas 3 akan diberi pada hari peperiksaan. Dari segi aras kesukaran soalan, ia digubal sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah pelajar pada hujung tingkatan lima. Semua soalan dibina mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima. Bagi kertas "Open Book Test" ini, pelajar boleh membawa masuk buku teks/bahan ilmiah untuk menjawab soalan dalam masa 3 jam. Pelajar boleh petik ayat daripada buku teks (intoto) untuk dapat markah (bahan bercetak yang relevan). Markah diberi berdasarkan pengenalan dan perkembangan isi mengikut format yang disediakan.
 
Konstruk untuk setiap soalan berbeza mengikut Kertas. Bagi Kertas 1, soalan menjurus kepada keupayaan mengingat, memahami dan menganalisis. Kertas 2 pula memerlukan pelajar mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea. Tugasan dalam Kertas 3 pula bertujuan memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea dan nilai. [Sumber maklumat : Utusan Malaysia]
  
Contoh soalan Sejarah Kertas 3:
 
Tajuk Umum Tugas 
 
Tajuk 9.2 – Dasar British terhadap Ekonomi Negara dan Kesannya
 
(Merujuk tema 9 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10)
Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
 
ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan  ke dalam bilik peperiksaan.
 
iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Format pemarkahan Kertas 3:

FORMAT
ASPEK/KONSTRUK
MARKAH
PENGENALAN
Memahami
5 Markah
ISI dan HURAIAN
Memahami
30 Markah
Menganalisis
15 Markah
Mengaplikasi
15 Markah
Menilai
10 Markah
Mencipta/ Menjana Idea
10 Markah
Nilai/ Iktibar/Patriotisme
10 Markah
KESIMPULAN
Merumus
5 Markah
JUMLAH MARKAH
100
 

No comments:

Post a Comment