GPS : 3.75
NO. 8 DALAM RANKING 10 SEKOLAH TERBAIK KUANTAN
SEKOLAH HARIAN TERBAIK NEGERI PAHANG
9 ORANG CALON SEMUA A
Alhamdulillah!
Tahniah kepada semua calon SPM 2015 kerana kejayaan CEMERLANG anda. Kejayaan anda merupakan hadiah yang paling berharga buat warga sekolah terutamanya Guru-guru & Ibu Bapa. Semoga kecemerlangan menjadi trade mark SMK Bukit Rangin @ BRASS dahulu, kini dan selamanya, insyaALLAH...
Pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2015 Negeri Pahang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Rosdi b Ismail di Bilik Mesyuarat BRASS dan ini mencatat satu lagi sejarah kepada sekolah kerana pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan itu sepanjang 15 tahun penubuhannya.
Syabas & Tahniah sekali lagi kepada semua calon dan guru-guru yang tidak pernah mengenal jemu dan putus asa melaksanakan kelas pengajaran sama ada petang / malam mahupun musim cuti sekolah. Segala penat lelah dan pengorbanan akhirnya terbukti dan berbaloi dengan pencapaian cemerlang SPM pada tahun ini.
![]() |
Sidang media pengumuman keputusan SPM 2015 Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat BRASS |
![]() |
Pelajar terbaik, Nur Muhd Imadnuddin Afiq b Nor Azhar |
tahniah smkbr, selamat maju jaya
ReplyDelete