Pendahuluan
Fitrah naluri manusia mencari cinta dalam kehidupan. Bercinta dalam kalangan murid dewasa ini menjadi suatu kebiasaan. Cinta yang dipupuk kadang kala melanggar batas-batas syarak yang dibenarkan dalam Islam dan juga menjurus ke arah perlakuan maksiat dalam kehidupan mereka. Sehubungan itu, mencari cinta yang dibenarkan syarak haruslah didedahkan dalam kehidupan mereka.
Matlamat
Melahirkan individu yang berakhlak mulia yang sentiasa melakarkan kehidupan mereka dengan cahaya nur Ilahi dan menjauhi segala perlakuan yang bertentangan dengan syarak. Juga tidak mendedahkan diri dengan aktiviti yang mendatangkan kemurkaan Allah.
Objektif
- Menyedari bahawa cinta kepada Allah adalah melebihi dari segala-galanya.
- Mencintai sesama manusia kerana Allah
- Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. setiap masa.
Penceramah
En. Khairul Imran bin Abdul Jalil
Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Pahang
Anjuran
- Unit Bina Insan
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru
- Panitia Pendidikan Islam
No comments:
Post a Comment