MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday, 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan

03 Jan 2011. Hari pertama. Perhimpunan pertama. Agenda pertama sesi persekolahan 2011. Sudah menjadi tradisi, sesi bermula dengan perhimpunan semua murid dan guru di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin. Antara yang diperkatakan sudah tentulah ucapan alu-aluan Selamat Datang kepada warga baru iaitu murid Tingkatan Satu yang jumlahnya lebih daripada 300 orang. Satu angka yang bukan kecil dan tentulah ada di antara kelas-kelas tingkatan satu nanti yang akan melebihi daripada bilangan selesa; hampir 40 orang atau lebih! Tetapi begitulah adatnya saban tahun dan seperti sudah alah bisa tegal biasa kepada guru-guru yang mengajar kelas-kelas sebegini ramai.
        Dalam ucapannya, Tuan Pengetua juga mengucapkan tahniah kepada semua murid Tingkatan 3 dan juga guru-guru yang mengajar kerana peningkatan dalam pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang lalu. Boleh dikatakan pencapaian keseluruhan subjek meningkat dengan penurunan pada jumlah murid yang gagal. (Maaf kerana cerita PMR 2010 masih belum dimuatkan diblog ini kerana gambar-gambar yang berkaitan belum diterima).
        Tuan Haji Abdul Rahim juga mengambil kesempatan memperkenalkan tiga orang guru baru di SMKBR iaitu Encik Abdul Manaf, Puan Normysita dan Puan Norasma. Selamat Datang kepada semua guru-guru baru dan semoga kita dapat bersama-sama menyumbang untuk kecemerlangan sekolah kerana sesungguhnya kecemerlangan itu tidak akan tercipta di tangan seorang guru.
        Terima kasih pula diucapkan kepada guru-guru dan staf yang bakal bertukar daripada SMKBR iaitu Encik Mohamed Nazim yang dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SMK Sungai Isap Murni, Encik Mohd Hafiz yang akan bertukar ke SMK Cempedak juga sebagai GPK Kokurikulum, Puan Saadiah yang telah bertukar ke SMK Rompin dan Puan Mahani (Pembantu Tadbir) yang akan bertukar ke SK Sungai Isap Murni.
         Semoga tahun 2011 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dan berjaya.

Hari Pertama Persekolahan

2 comments: