Bermula April 2017, semua mata pelajaran diwajibkan menjalankan bacaan Nilam di perpustakaan berbanding sebelum ini yang hanya mewajibkan subjek bahasa sahaja. Penmbahbaikan ini adalah berdasarkan keperluan pembelajaran semasa yang banyak melibatkan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Membaca adalah salah satu cara untuk memperkukuhkan kemahiran ini.
Justeru Taklimat NILAM mendedahkan kepada murid-murid tentang NILAM baru yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras PSS, Pn Sapura bt Mat Zali selama 2 hari iaitu 14 Mac (Selasa) untuk Tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala 15 Mac (Rabu) pula untuk Tingkatan 1 dan 2.
No comments:
Post a Comment