Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
namun perpisahan itulah yang mengajar kita
untuk terus menghargai detik-detik kebersamaan
yang akan kekal terpahat dalam memori
sebagai kENANGAN YANG TERINDAH
Setelah sekian lama berkhidmat, kini, giliran Ketua Kerani (Chief Clerk) SMK Bukit Rangin pula akan pergi meninggalkan kita semua. Puan Halidah atau mesra disapa dengan panggilan "Kak CC" akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari Khamis (20/5/21) setelah menabur bakti selama hampir 13 tahun di SMK Bukit Rangin. Amat berat untuk mengungkapkan perkataan selamat tinggal, namun perpisahan bukanlah noktah dalam sesuatu perhubungan. Sebaliknya ia merupakan satu titik permulaan yang akan mengukuhkan lagi ukhuwah yang telah terjalin selama ini. Selamat bersara diucapkan kepada Puan Halidah bt Sahat. Semoga hari-hari persaraan dinikmati dengan sepenuhnya disamping keluarga tercinta.
-sekitar majlis persaraan Puan Halidah-
Majlis penyampaian hadiah oleh GPK Pentadbiran, Puan Norziah |
Cenderahati daripada GPK HEM, Ustaz Fathul |
"CC, you are the best!" -Rizal |
Bersama orang kuat KGKT, Pn Asnor dan En Hanafyieh |
Detik yang cukup bermakna |
Puan Halidah satu dalam sejuta☺️ |
Pn Halidah nama diberi,
Orangnya rajin dan berdedikasi,
Dirimu akan sentiasa kami rindui,
Jauh di mata namun dekat di hati♥️
- Puan Halidah, TERIMA kASIH atas curahan jasa dan budi-
No comments:
Post a Comment