MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 16 December 2022

WARKAH BUAT KAK NOR

    Aku dan sekolah memang tidak dapat dipisahkan kerana aku seorang guru. Kak Nor juga seorang guru namun yang membezakan aku dan Kak Nor ialah Kak Nor telah menamatkan perkhidmatan sebagai guru pada minggu lalu (9/12/2012) dan aku tetap aku, seorang guru biasa yang masih perlu berkhidmat selama lebih sedekad lagi. 

    BAHAGIA-mungkin itulah yang dirasai oleh kak Nor pada saat ini. Mana tidaknya, Kak Nor sekarang boleh berehat di rumah tanpa perlu memikirkan hal-hal sekolah. Kak Nor boleh bercucuk tanam dan memasak spaghetti carbonara dan rendang ayam tanpa mengira waktu dan yang paling aku cemburui ialah Kak Nor tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk datang ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi dan berebut untuk mendapatkan parkir berbumbung. Selamat tinggal smart card! Barangkali smart card  bertali jingga itu telah Kak Nor campakkan ke Sungai Pahang. 

    Aku masih ingat beberapa hari sebelum majlis persaraan Kak Nor. Aku sempat menegur Kak Nor yang sedang melangkah keluar dari bilik guru sambil tersenyum simpul. 

     "Amboi, cerianya Kak Nor hari ni", aku menyapa mesra. Aku tidak pasti sama ada sapaan itu mesra atau tidak namun bagiku sapaan seperti itu jarang-jarang sekali kulontarkan. Begitulah aku.

    Kak Nor membalas "mestilah happy, dah nak pencen ni. A* lambat lagi. Jangan berangan ye", seloroh Kak Nor dengan senyuman yang cukup manis. Senyuman Kak Nor memang manis. Aku senang sekali melihatnya. ANDAI DIBERIKAN EMAS PERMATA, KUPILIH SENYUMANMU, KAK NOR!

    Jujur aku katakan, Kak Nor merupakan salah satu sosok yang amat aku kagumi di sekolah ini. Aku suka dengan perwatakan sederhana Kak Nor, sikap lemah lembutnya serta jelas terpancar ciri-ciri keibuan di raut wajah Kak Nor. Aku juga ingin menjadi seperti Kak Nor. 

    "Kak Nor doakan A* dikasihi Allah dan dipermudahkan segala urusan dan kekal bersemangat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Jangan pencen ya''. Itulah azimat terakhir Kak Nor kepadaku. Aku pun tidak tahu bagaimana untuk kekal bersemangat mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pendidik akhir zaman. Tidak mengapa, akan kujadikan Kak Nor sebagai sumber inspirasiku. 

    Malam itu sebelum kulelapkan mata, kucapai gitar Yamaha C-70 ku yang tergantung sepi di tepi jendela yang terbuka luas.  "Malam yang begitu mendamaikan", bisik hati kecilku. Ingin kurakamkan dan dendangkan sebuah lagu untuk Kak Nor namun aku malu pada bintang-bintang yang berkelipan indah di langit .

    Lantas kugagahkan jari-jemariku untuk menulis bait-bait lagu ini sambil mengimbau kenangan manis bersama Kak Nor yang telah kukenali selama hampir 10 tahun itu. Buatmu, Kak Nor~💗

 🌹 KAU ILHAMKU~🌹

Beribu bintang di langit kini menghilang

Meraba aku dalam kelam

Rembulan mengambang

Kini makin suram

Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam

Ada kerdipan, ada sinar

Itukah bintang ataupun rembulan

T'rima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu (bayanganmu)

Izinkan kumencuri khayalan denganmu

Maafkanlah, oh

Andai lagu ini

Mengganggu ruangan hidupmu

Kau senyumlah, oh

Sekadar memori

Kita di arena ini

Kau ilhamku

Kau ilhamku













  DAN....hanya ini sahaja yang mampu kuhadiahkan kepada Kak Nor. Semoga Kak Nor sentiasa mengingatiku dalam setiap sujud dan doanya. 

sejadah pink untuk Kak Nor 😇

WE LOVE YOU 💞

Saksikan Kak Nor di Youtube 💻📱

No comments:

Post a Comment