Ayam..
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda
Ayam Hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar
Ibu..
Si ibu ayam
Telor sebijik
Riuh sekampung
Kata bidalan, berkaki ayam
kalau makan, ajak-ajak ayam.
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam
Kalau tak nampak itu rabun ayam
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng
Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
Makan kepak ayam peha ayam dada ayam
Satu tak boleh makan jangan makan bulu ayam
Ayam merupakan salah satu haiwan yang sangat popular. Lihat sendirilah, lagu yang berjudul ayam pun ada. Sebenarnya, perkataan ayam ini digunakan dalam pelbagai konteks oleh masyarakat Melayu terutamanya generasi muda masa kini. Sebagai contohnya, 'alaa kasut kau tu cap ayam je', 'macam ayam je Morocco kalahkan Portugal' (walaupun ada Christiano Ronaldo yang juga merupakan ayam tambatan Portugal, kalah juga akhirnya ditangan Morocco..ayam lagiii..haih..famous betul perkataan ayam ni). Btw, maaf peminat Portugal๐
Bahkan dalam dunia masakan, pelbagai resepi masakan yang berasaskan ayam boleh kita cuba. Antaranya, ayam masak merah, ayam masak halia, ayam masak kicap, ayam masak kurma, ayam berempah, ayam masak kunyit dan macam-macam lagi.
Namun, adakah kita tahu cara menyembelih haiwan ini?
Sebagai seorang mukmin yang beriman, adalah penting untuk kita memastikan makanan yang masuk ke dalam tubuh badan kita adalah daripada sumber yang halal dan disembelih berlandaskan hukum syarak. Jangan tahu makan je ye..hehe..
Atas kesedaran ini, Panitia Pendidikan Islam BRASS telah mengambil inisiatif menganjurkan program Amali Sembelihan yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa yang lalu (06/12/2022). Bagi admin, usaha ini penting ke arah melahirkan generasi yang memiliki ilmu pengetahuan tentang Islam yang begitu luas skopnya. Bukan itu sahaja, dengan adanya sesi amali seperti ini, para pelajar dapat didedahkan dengan teknik penyembelihan yang berlandaskan syariat yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah melihat proses penyembelihan haiwan di hadapan mata mereka sendiri. Selain mengetahui tentang cara penyembelihan, mereka juga diajar tentang cara menguruskan haiwan yang telah disembelih. Mantap! Jadi, admin bagi 5 ★★★★★ untuk program ini. Admin berharap program seperti ini akan dapat dianjurkan pada masa akan datang. InsyaAllah.. SYABAS Panitia Pendidikan Islam ๐๐๐
'kito set-set laki ni kena tahu sembelih ayam'-pesan cikgu Zuhari |
pastikan pisau yang digunakan tajam ye.. |
'mesti sembelih antara pangkal dagu dan pangkal leher tau'-cg Adnan |
apa yang kau terintai-intai tu, Sudin?! ๐ |
teruja! Mungkin ini pengalaman pertama mereka๐ |
potong elok-elok ye,,jangan sampai tersakiti..hihi |
part paling mudah, membasuh ayam yang siap dipotong๐ |
tuang ke dalam.........ke dalam tumisan kot..yedok admin ni? haha |
taraa!! dah jadi pun rendang BRASSIAN๐ |
menu pelengkap-kacang masak campur (admin reka je nama resepi tu๐) |
ALHAMDULILLAH, SELESAI.....
๐ขRESEPI MASAKAN BERASASKAN AYAM YANG MUDAH DAN LAZAT. TERAI JANGAN TAK TERAI! ๐
https://ontrenz.com/30-koleksi-resepi-ayam-mudah-disediakan/
๐ข PAUTAN BERGUNA UNTUK PARA PELAJAR ๐
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/
No comments:
Post a Comment