AMALI PENGURUSAN JENAZAH BAGI PELAJAR TING 3
TARIKH: 02/12/2022
HARI: JUMAAT
TEMPAT: ANJUNG LESTARI (L) & SURAU (P)
Hukum menunaikan solat jenazah adalah fardhu kifayah. Fardhu kifayah bermaksud perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat demi menjaga kepentingan umat Islam. Apabila ada sebahagian umat Islam yang melakukan, gugurlah dosa bagi semua umat Islam di suatu tempat itu. Jika tiada yang melakukan, maka berdosalah semua orang Islam di suatu kawasan itu.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”
(Riwayat Ibn Majah)
Sembahyang jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak makruh mengerjakan pada waktu-waktu yang ditegahkan kerana, solat ini merupakan solat yang mempunyai sebab. Walaupun begitu, ia akan menjadi makruh sekiranya kita melambat-lambatkan solat sehingga sampai waktu yang ditegah.
'SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU
DISEMBAHYANGKAN"
rujukan: https://beanahomequran.com/cara-untuk-sembahyang-jenazah-doa-beserta-niat-2/
No comments:
Post a Comment