MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday, 16 November 2010

PSK di Pantai Sepat

13 Nov 2010. Sepertimana tahun sebelumnya, Panitia Sivik & Kewarganegaraan sekali lagi melaksanakan program komunitinya di Pantai Sepat bersama-sama murid Tingkatan 3 dan 4. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan mengutip sampah antara kumpulan, barbeque dan sukan pantai. Program tamat sekitar jam 12.15 tengah hari.

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Collage generated with Smilebox

Wednesday, 10 November 2010

Guru SMK Bukit Rangin 2010

Duduk dari kiri: En. Shahril, En. Mohd Puzi, En. Mohd Nazim, En. Hazit, Pn. Marina (KB Vokasional & Teknologi), Pn. Aini (KB Sains & Matematik), Pn. Haniliza (PK Pentadbiran), Tn Hj Abdul Rahim (Pengetua),  En. Mohd Nasri (PK HEM), En. Rosli (PK Kokurikulum), En. Azhar, Pn. Norhasimah (KB Kemanusiaan), Pn. Wan Shukriah (KB Bahasa), Pn Zakiah Malek & Pn. Noor Azmah.

Berdiri barisan 1 dari kiri: Pn. Siti Nurasyikin, Pn. Siti Zaleha, Pn. Norita, Pn. Zaharah, Pn. Wan Azimah, Pn. Zainab, Pn. Khairiyah, Pn. Zanariah, Pn. Azlina, Pn. Saadiah, Cik Nurhuzairah, Pn. Umbi Kalthum, Pn. Zahuara, Pn. Wan Norizan, Pn. Ezatul Irada, Pn. Zakiah Abdul Kadir, Pn. Norazizah, Pn. Khalijah, Pn. Rohaya, Pn. Sapura, Datin Wan Mahani & Pn. Samsiah.

Berdiri barisan 2 dari kiri: Pn. Noor Azizawati, Pn. Nurhusna, Pn. Norhasmah, Pn. Rosaliza, Pn. Norashida, Pn. Noryusnita, Cik Wan Azlia, Cik Izni Syarinaz, Pn. Zarina, Cik Nursabariha, Cik Tan Sue Yee, Cik Suhailyzai, Cik Nur Liyana, Pn. Nur Rahishah, Pn. Noor Aida, Pn. Norkamalizan & Pn. Rosmarina.

Barisan belakang dari kiri: En. Mohd Jasmin, En. Mat Nawawi, En. Mohd Yusuf, Pn. Sharifah Ruthpa'aiyah, Pn. Zuraida, Pn. Nagyah, Pn. Asiah, Pn. Suzana, Pn. Zurina, Pn. Juhaida, Pn. Siti Khadijah, Pn. Puteri Azirah, En. Firdaus & En. Rohaizad.

Program Membaca 1Malaysia

8 Nov 2010.  Kali ini, murid-murid Tingkatan 3 membaca beramai-ramai pula di Dewan Bitara SMKBR sebagai memenuhi program pasca-PMR 2010. Seronok pula bila tengok mereka membaca beramai-ramai begitu. Memang berfaedah betul dan sangat bertepatan dengan suruhan Allah s.w.t yang menyuruh umat-Nya membaca kerana membaca merupakan pintu segala ilmu. Lebih menarik bila beberapa orang peserta dipilih secara rawak untuk bercakap tentang apa yang telah mereka baca. Idea yang sangat bernas dan terima kasih kepada pihak Pusat Sumber Sekolah untuk program sebegini.
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Picture collage personalized with Smilebox

Sunday, 7 November 2010

PetroSains Street Smart

Walaupun hanya memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan Cabaran PMR anjuran PetroSains, tetapi ia sesuatu yang sangat mengujakan apabila SMK Bukit Rangin merupakan satu-satunya wakil tunggal daerah Kuantan. Tahniah kepada para pemenang kerana telah membawa balik hadiah wang tunai RM 200.00, barangan XPlorasi Kedai PetroSains dan 40 keping tiket ke PetroSains, The Discovery Centre.
             Dalam pertandingan tersebut, para peserta ditugaskan untuk membuat model basikal berukuran 30 x 25 diameter dengan menggunakan bahan-bahan seperti mounting board, lidi, roda, gunting dan pisau di samping mengaplikasikan unsur-unsur fizik. Baguslah anak-anak. Sebenarnya, setiap orang ada potensi diri masing-masing, cuma tinggal untuk digilapkan, bukan saja gunanya untuk diri sendiri tetapi ada manfaatnya untuk orang lain. Dapat juga pahala, insyaAllah. Jadi, gunakan potensi yang ada dan jangan sia-siakan.

Pemenang:
1.  Muhd Shakir (3 Bestari)
2.  Syed Muhd Ikhwan (3 Bestari)
3.  Nazimul Afiq (3 Bestari)
4.  Muhd Naiemuddin (3 Terampil)


Lawatan ke Kuala Gandah

28 Okt 2010.  Lagi program pasca PMR. Murid-murid Tingkatan 3 dibawa melawat ke tempat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Terima kasih kepada Syed Mohd Yusuf (3 Jati Diri) atas sumbangan gambar-gambar!
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Free digital collage created with Smilebox

Mengecat

Program wajib saban tahun. Memang masa yang sangat sesuai. Murid Tingkatan 3 dapat menggunakan masa yang ada selepas PMR untuk kegiatan yang sangat berfaedah untuk sekolah. Sekolah jadi cantik dalam masa yang singkat kerana tenaga kerja yang ramai. Dari jauh lagi pagar sekolah yang dulunya nampak kusam dan luntur sudah naik serinya sekarang. Syabas kepada Puan Rahayati dan Puan Noor Aida yang menjadi tonggak team mengecat. Ramai juga guru-guru lain yang turun padang membantu. Teruskan!!!

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Free collage personalized with Smilebox

Lawatan Koperasi ke Kuala Lumpur

24 Okt 2010. Lawatan selama 2 hari satu malam itu bergerak meninggalkan Bukit Rangin pada jam 7.40 pagi dari perkarangan SMK Bukit Rangin. Semuanya kelihatan OK kecuali satu perkara yang kurang menyenangkan; bas! Kami diberi Bas Sekolah yang agak uzur dan hapak. Berbagai usikan dan komen lucu didengari di kalangan guru-guru tentang bas yang kami naiki.
           Nak dijadikan cerita, sesampai kami di R&R Temerloh, kami pun berhenti untuk sarapan selama 30 minit. Perut memang dah sangat berkeroncong waktu itu ditambah pula dengan `gegaran' bas tadi. Selesai sahaja sarapan, kami dikejutkan pula dengan makluman pemandu bas bahawa perjalanan kami tidak boleh diteruskan dengan bas itu kerana tayarnya yang tidak sempurna. Maka tersadailah kami di R&R tersebut selama 2 jam. Ya Allah! Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar. Mungkin kerana kasihankan keluhan kami, dengan takdir Allah datanglah bas ekspress yang `tegap' dan wangi lagi! Wawee!!! Sukanya kami. Syukur kepada Allah. Lihat sajalah gambar-gambar di bawah. Macam program make overlah pulak!
Sebelum...
Selepas...

Kami tiba di Kuala Lumpur lewat 2 jam daripada masa yang sepatutnya. Destinasi yang pertama kami tuju ialah Aquaria KLCC yang berkeluasan 60,000 kaki persegi. Rombongan kami diberikan tiket diskaun berharga RM 18 seorang. Murah berbanding dengan harga biasa, RM 25 ke atas! Semua ahli rombongan dibawa meneroka ke Pusat Pembelajaran (Educational Centre) Aquaria. Banyak yang kami pelajari tentang binatang dan habitat masing-masing seperti belangkas, gamat, memerang dan ular. Tempat yang paling seronok ialah ketika melalui terowong marin. Banyak betul hidupan laut yang dapat disaksikan di situ termasuklah shark, pari yang sangat besar dan penyu leatherback, spesis penyu yang terbesar. Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video di situ. Jadi, gambar-gambar yang dipaparkan di sini hanyalah gambar-gambar di sekitar ruang pameran.
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
This free digital collage made with Smilebox

Malam itu pula kami ke Taman MICT, sebuah taman yang dilimpahi cahaya neon yang bergemerlapan kerana pokok-pokok dan beberapa arca binatang seperti burung merak, gajah dan dinasour dibina dengan menggunakan mentol-mentol neon pelbagai warna. Mata kami terpesona dengan pemandangan di situ kerana kekreatifan ilham yang dihasilkan sehingga mewujudkan satu lagi destinasi pelancongan negara. Jadi, jangan lepaskan peluang melawat Taman MICT sekiranya ke Kuala Lumpur tetapi harus diingatkan untuk pergi pada waktu malam sahaja kerana keindahannya hanya dinikmati pada waktu itu sahaja.
Click to play this Smilebox collage
Keesokan harinya selepas sarapan pagi di belakang bangunan Wisma Belia tempat kami menginap, kami dijadualkan melawat Pusat Sains. Menariknya di situ apabila murid-murid dan guru-guru dapat menyaksikan kaedah-kaedah sains yang dipelajari di sekolah diadaptasikan ke dalam arca-arca yang direka khas. Di situ juga terdapat terowong marin seperti yang terdapat di Aquaria KLCC tetapi lebih pendek dan terhad. Murid-murid juga dapat bermain dengan peralatan-peralatan yang berunsurkan sains yang disediakan di situ.  
              Selepas itu, rombongan kami bergerak ke Muzium Negara, sebuah tempat yang begitu klasik dan lama tetapi menyimpan sejarah negara yang tidak ternilai harganya. Murid-murid dan guru dapat menyaksikan rakaman sejarah negara daripada zaman purba hingga ke sekarang.
              Satu lagi tempat menarik yang kami singgah ialah Istana Budaya, sebuah tempat yang begitu gah dan terkenal namanya di kalangan orang teater. Di situlah pementasan teater seperti `Puteri Gunung Ledang' dan `Tun Dr Mahathir' pernah dipentaskan. Tempatnya menarik dan kami sebenarnya begitu bertuah pada hari itu berpeluang ke Istana Budaya kerana memenuhi jemputan Encik Saleh, suami Puan Noor Azizawati untuk menikmati hidangan tengahari di situ. Terima kasih! Kami juga mengambil kesempatan untuk menunaikan solat jamak-qasar Zuhur dan Asar di musolla Istana Budaya. Memang selesa dan kondusif sekali tempatnya.
Click to play this Smilebox collage
Kalau ke Kuala Lumpur tidak lengkap sekiranya tidak bershopping. Maka acara kami yang terakhir sebelum pulang ialah membeli belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Sogo. Banyak juga yang dibeli kerana kebetulan pula sale sempena Deepavali.
          Kami bertolak pulang ke Kuantan kira-kira jam 7 petang. Terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Bukit Rangin yang telah menaja perjalanan selama 2 hari itu dan semoga untung bertambah lagi di tahun-tahun yang akan datang.