MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 21 January 2019

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah diadakan saban tahun untuk melantik Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dan Pengawas BADAR secara rasmi sebagai pemimpin sekolah yang diamanahkan untuk membantu guru dalam menjalankan pengurusan sekolah. Majlis ini juga bertujuan mengasah bakat kepimpinan dan tanggungjawab dalam diri setiap penerima watikah. Tahniah kepada barisan pemimpin sekolah yang dilantik. Sesungguhnya anugerah ini sebenarnya pengiktirafan dan penghargaan pihak sekolah kepada anda untuk lebih bermotivasi dan maju dalam pendidikan akademik dan diri sendiri. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, mantapkan jati diri!

Majlis dirasmikan oleh Tuan Abdullah bin Mohammad, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) Negeri Pahang. Terima kasih tuan atas kesudian merasmikan majlis ini.

















Tuan Abdullah bin Mohammad
Pengarah JPJ Pahang






Thursday, 17 January 2019

Majlis Perpisahan Guru

Majlis perpisahan ini meraikan 3 orang guru dan kakitangan BRASS yang telah bertukar baru-baru ini iaitu Pn Yusnaili bt Yusof (ke SMK Cengal Lempong), Pn Salwati bt Mohd Nawawi (ke SMK Mat Kilau) dan Pn Haisyah bt Baharudin (ke SMK Hajah Kalsom). Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka. Semoga lebih cemerlang di tempat baru. Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan selama berada di BRASS.




Wednesday, 16 January 2019

Majlis Pelancaran Polisi Sekolah Selamat

Majlis dirasmikan oleh Supt. Kama Azural bin Mohamed, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan. 
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menasihatkan golongan remaja supaya mengawal tingkah laku dan tidak menyumbang kepada salah laku jenayah yang semakin berleluasa sekarang.

Selain daripada majlis perasmian, terdapat juga sedikit pameran yang dikelolakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk para guru dan murid selepas majlis perasmian.

Perasmian oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan.
Supt. Kama Azural bin Mohamed










Monday, 7 January 2019

Majlis Pelancaran PAK 21 & Kebersihan Kelas

 Malis dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad
di Dewan Bitara SMK Bukit Rangin pada perhimpunan mingguan hari ini.