MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 20 February 2020

PLC PENGAJARAN ABAD 21 : TARSIA DAN TEKA SILANGKATA

Disampaikan oleh Pn. Sunita Bibi bt Abdul Razak, Guru mata pelajaran Sejarah kepada guru-guru yang berminat. Bengkel ini sangat berguna untuk semua guru untuk menambah teknik PdPc dengan menggunakan software percuma Tarsia dan Teka silangkata. Tarsia boleh digunakan untuk membentuk jigsaw, domino atau kad. Manakala permainan Teka silangkata pula boleh menambah pemahaman murid-murid secara tidak langsung sewaktu menyelesaikan permainan tersebut secara individu atau berkumpulan.

Klik di sini untuk muat turun:







ZASS : KAD MERAH SEBAGAI INTERVENSI MENANGANI PENURUNAN PERATUS KEHADIRAN MURID

Diperkenalkan oleh PK HEM, Tuan Hj Fatthul Mueim bin Bustaman untuk menangani penurunan kehadiran murid BRASS dengan memberi kad merah amaran kepada kelas yang terlibat. Intervensi ini seperti memberi kesan kepada murid-murid kerana berasa tercabar apabila diberi kad merah tersebut kerana akan memberi kesan kepada prestasi kehadiran kelas terbabit. Diharapkan usaha ini akan membuahkan hasil kepada kecemerlangan kehadiran dan akademik murid-murid BRASS.







Wednesday, 12 February 2020

BICARA PUTERA PUTERI 1.0

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan penekanan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan (ikhtilat) dalam kalangan murid-murid agar mereka tahu tentang batasan pergaulan antara berlainan jantina. Diharapkan program ini memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga batas perhubungan agar tidak terjadi sesuatu yang negatif. Program ini diadakan selama 1 jam (10.30 - 11.30 pagi) pada 6, 11 dan 12 Februari 2020 kepada Ting. 2, 3 dan 5, lelaki dan perempuan.

Seramai 6 orang guru terlibat:
1. Pn. Sunita Bibi bt Abdul Razak
2. Pn.Norita bt Mohammad
3. Pn. Sh. Ruthpa'iayah bt Sy Yahya
4. Tn Hj Fatthul Mueim b Bustaman 
5. En. Mohd Hasnor b Ngah @ Abdullah
6. En. Mohd Firdaus b Mamat