MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 5 July 2021

PROGRAM MOTIVASI SPM

Assalamualaikum..Khas untuk murid2 SPM SMK Bukit Rangin

PROGRAM MOTIVASI SPM

PENETAPAN TARGET

Hari         : ISNIN

Tarikh      : 05 JULAI 2021

Masa       : 3.00 PETANG

Tempat    : Kediaman masing2

Platform  : Google Meet

Link 1:

https://meet.google.com/wrn-ftji-imj

Link 2 : 

https://meet.google.com/oek-kavx-irp

Semua Murid² Tingkatan 5 SMK Bukit Rangin wajib hadir untuk kecemerlangan bersama.

Saturday, 3 July 2021

BRASS memang SUPERB

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Inovasi BRASS yang telah berjaya merangkul pingat emas san gangsa dalam International Research, Invention Innovation and Exhibition 2021.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing iaitu Puan Noor Azmah, Puan Noor Mala, Puan Asnor Samiza dan juga Puan Asiah yang telah berjaya membimbing pelajar-pelajar yang terlibat sehingga mampu melakar kejayaan yang begitu mengagumkan. 

 Gold Award

AIRENE NAJIHAH BINTI AZHARI (5 BES)
WAN AISAR BINTI WAN AZIZ (5 BES)
AMIERAH KHAIRIEN HANNAN BINTI AZHARI (5 BES)
FATHIN NATASHA BINTI MOHD HASHIM (5 BES)
NUR RAIHANAH BINTI ISMAIL (5 BES)

Guru pembimbing: Puan Noor Azmah

Tajuk projek: Charica+ - Biolarvicide

Gold Award

AYU ZERLINA BINTI ZAMZURIADI (4 INO)
AINA FATANAH BINTI DZULFATHI (5 INO)
ATHIRAH BINTI RIDZUAN (5 INO)
JAZMINA AISYAHBINTI RAHMAT (5 INO)
AHMAD ILLYAS AKASHAH BIBN MOHD IFAIZAL (5 CEN)

Guru pembimbing: Puan Noor Mala

Tajuk projek: Plantypost - Smart Compost Fertilizer

Gold Award

ALYAA AMANI BINTI NEZRUL HISYAM (3BES)
HANIS HAYANI BINTI HASNIZAM (3 BES)
NURSYAZLIEN ERYNA BINTI JUNAIDY (5 CEN)
AHMAD IS'AD HAFIZ BIN MOHAMED FAIZAL (5 CEN)
KAMIL ZHARFAN BIN MOHD AZMI (5 BES)

Guru pembimbing: Puan Asnor Samiza

Tajuk projek: Greentors - A Green Corrosion Inhibitors for Anti Corrosion Activity

Bronze Medal

NUR AISYAH SAADAH BINTI ISMAIZAM (5 BES)
NUR GHINAA FAADIYAH BINTI EZAR (5 BES)
NUR LIYANA DAHIYAH BINTI MOHD RIZAL (5 BES)
NORSYAFIQAH BINTI AHMAD AZIZ (5 CEN)
BALQIS BATRISYIA BINTI HADIZAM (5 BES)

Guru pembimbing: Puan Asiah

Tajuk projek: Bubble Blast Pop

Wednesday, 30 June 2021

SAYONARA PUAN ZAKIAH MALEK

SMK BuKit Rangin akan kehilangan sebutir permata yang berharga iaitu Puan Zakiah Malek yang akan bersara pada 30/6/21 setelah berkhidmat hampir 20 tahun di sekolah ini. Seorang guru yang penyayang dan bersikap penuh keibuan, itulah personaliti istimewa yang dimiliki oleh Puan Zakiah yang menjadikan beliau seorang guru yang amat disayangi oleh pelajar-pelajar SMK Bukit Rangin. Ketiadaan beliau sudah tentu akan dirasai oleh seluruh warga BRASS. Mesra disapa dengan panggilan Kak Z, Puan Zakiah ibarat seorang kakak yang sentiasa memberi motivasi dan nasihat berguna kepada kami semua. Walaupun sudah tidak bersama, segala memori indah yang telah tercipta selama ini akan terus subur dalam ingatan kami. Semoga Puan Zakiah juga tidak melupakan kami di sini ya!

Terima kasih atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala budi dan bakti yang telah dicurahkan dalam memastikan kecemerlangan anak-anak BRASS. Selamat bersara, jasamu dikenang🌷

                                                           1/9/1993 - 1/7/2021


Bersama AJK Kelab Guru dan Staf BRASS😊

Yang teristimewa😍

Album yang menyimpan segala memori😉

Last fingertac..diiringi oleh Puan Pengetua😊

Cuba teka hadiah apa😁

Steamer untuk Puan Zakiah🤗

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Nak ucap sesuatu sebelum terlambat,
Kak Z, we all love you😘

Sunday, 6 June 2021

25 HARI PDPR

Ini adalah rumusan selepas Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkaitan pengurusan dan pengoperasian sekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Lock Down.

✍️25 HARI PdPR✍️

   MINGGU KE-24       

14.6.21-18.6.21

MINGGU KE-25 

21.6.21-25.6.21 

MINGGU KE-26

28.6.21-2.7.21 

MINGGU KE-27

05.7.21-9.7.21 

MINGGU KE-28

12.7.21-16.7.21 

17.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

18.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

MINGGU KE-29

19.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

20.7.21 Hari Raya Haji

21.7.21 Hari Raya Haji Ke-2

22.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

23.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

24.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

25.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

Saturday, 5 June 2021

PROGRAM BACAAN YASIN


     Intipati majlis:

✨Selawat
✨Bacaan surah Yasin
✨Doa
✨Tazkirah

👉https://youtu.be/R0AlYRvGQVE 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN POSTER DIGITAL PSS

Pertandingan Poster Digital bertemakan kata-kata motivasi anjuran Pusat Sumber Al-Furqan SMK Bukit Rangin telah diadakan pada 31/5/21 sehingaa 4/6/21. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pengawas PSS sekolah. Mengapa kata-kata motivasi dipilih sebagai tema?

Setiap insan di dunia ini pasti pernah merasai saat-saat sukar dalam kehidupan mereka. Itulah yang dinamakan roda kehidupan, adakalanya kita bahagia dan adakalanya kita rebah di persimpangan. Ketika kita kecewa dan seolah-olah hilang arah dan tujuan, sudah tentunya kita memerlukan kata-kata motivasi untuk membangkitkan semangat agar dapat terus berdiri menjalani kehidupan. 

Admin juga rasa bersemangat setelah melihat poster-poster digital bertemakan kata-kata motivasi ini. Kata-kata yang memberi inspirasi dengan latar belakang yang menarik dan kreatif melayakkkan pelajar-pelajar ini untuk dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan poster digital pada tahun ini. Jom tonton video di bawah untuk mengetahui senarai pemenang👇

creditvideo: Cikgu Sapura bt Mat Zali
Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya pula, janganlah hilang semangat ya! Anda juga hebat! Ini kata-kata motivasi yang admin nak kongsi dengan anda semua 😁