MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 9 July 2012

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Parlimen Paya Besar


Penyerahan Netbook 1Malaysia untuk pelajar Sekolah Menengah Parlimen Paya Besar telah berjalan dengan lancar di Dewan SMK Padang Garuda bermula pada jam 8.00 pagi. 4 buah sekolah yang tersenarai untuk menerima Netbook 1Malaysia ialah SMK Padang Garuda, SMK Pandan, SMK Panching dan SMK Bukit Rangin.

Perasmian Majlis Penyerahan Netbook ini telah disampaikan oleh YB Dato' Zaili bin Haji Besar (ADUN Panching) bagi menggantikan YB Dato' Abdul Manan yang tidak dapat hadir.

Encik Sahrizal Bin Hussin dari SKMM menerangkan serba sedikit tentang Netbook 1Malaysia sebelum penyerahan dilakukan.























Friday, 6 July 2012

SMKBR - venue Tinju SUKMA 2012

Beginilah persiapan yang dilakukan oleh pihak penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 untuk acara sukan tinju yang bertempat di SMK Bukit Rangin. Dewan Bitara telah ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan bermula pada Mei lalu. Manakala kelas-kelas tingkat bawah blok Akademik 2 dan blok Agama juga telah ditutup untuk memberi ruang kepada kegunaan acara sukan tersebut yang akan bermula pada 8 - 15 Julai nanti.










Cuti bergilir bagi Tingkatan 1, 2 dan 4 sepanjang minggu depan diperuntukkan bagi memberi laluan kepada acara sukan tinju, iaitu:
  • Isnin dan Selasa - Tingkatan 2
  • Rabu dan Khamis - Tingkatan 4
  • Jumaat - Tingkatan 1
Datanglah beramai-ramai ke SMK Bukit Rangin bagi menyaksikan perlawanan tinju yang jarang sekali dapat disaksikan secara live! Moh kita.....


*Jadual perlawanan tinju:
TARIKH
PROGRAM KEJOHANAN TINJU
8.7.2012 (AHAD)
3.00 PTG
PUSINGAN AWAL BERMULA
46KG, 49KG,52KG & 64KG
9.7.2012 (ISNIN)
3.00 PTG
PUSINGAN AWAL BERMULA
56KG, 60KG, & 69KG
10.7.2012 (SELASA)
3.00 PTG
PERLAWANAN SUKU AKHIR
46KG, 49KG, & 52KG
11.7.2012 (RABU)
3.00 PTG
PERLAWANAN SUKU AKHIR
56KG, 60KG, & 64KG
12.7.2012 (KHAMIS)
3.00 PTG
PUSINGAN SUKU AKHIR
68KG, 75KG, & 81KG
13.7.2012 (JUMAAT)
3.30 PTG
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
14.7.2012
SABTU
REHAT
15.7.2012 (AHAD)
3.00 PTG
KETIBAAN TETAMU
PERTANDINGAN AKHIR (FINAL)

Jejak Gemilang PiSSA


Buat kesekian kalinya, Yayasan Pahang telah berjaya menganjurkan Seminar / Bengkel Jejak Gemilang PiSSA (Projek Intervensi Semua Subjek Satu A)  bagi tahun 2012 pada 26 – 29 Jun yang lepas bertempat di Bukit Gambang City Resort. Program ini melibatkan seramai 187 orang pelajar cemerlang dari seluruh negeri Pahang termasuk dua orang pelajar SMK Bukit Rangin iaitu Nur Farahiyah Bt Abdul Ghani dan Nur Zuhaily Bt Zulkefly dari kelas 5 Cendekia.

            Program 4 hari 3 malam ini ialah kesinambungan daripada tuisyen PiSSA yang telah dijalankan semenjak bulan Mac yang lalu berpusat di sekolah-sekolah yang terpilih antaranya SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Semsas), SMK Abdul Rahman Talib (Smart), SMK Sultan Abu Bakar (SABS), SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Shah Pekan), SM Sains Tengku Abdullah (Semesta, Raub), SMK Sulaiman, Bentong dan Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur. 

            Bengkel dan seminar PiSSA ini melibatkan tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Penceramah-penceramah terdiri daripada guru-guru cemerlang yang banyak memberikan tips-tips dan kaedah-kaedah yang tertentu bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua subjek.





            Diharapkan dengan adanya program seperti ini, Negeri Pahang dapat mencapai target dalam melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam SPM 2012. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4  yang berminat untuk menyertai Program Kecemerlangan PiSSA, pastikan anda  mendapat 7A ke atas di dalam Peperiksaan Akhir Tahun nanti.

Tulisan:
Pn. Siti Khadijah bt Baharum
Setiausaha Kurikulum SMKBR
@ Urusetia PiSSA 2012

Wednesday, 4 July 2012

Nisfu Syaaban

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam Bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman.” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar“.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya.” Antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
[Dipetik daripada http://hikmah.org.my/]

Tazkirah yang disampaikan oleh Pn. Umbi Kalthum pagi tadi
tentang bulam Syaaban dan malam nisfu syaaban.

Wednesday, 27 June 2012

Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kelab/Persatuan


Tema:
Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat

Anjuran:
Koperasi SMK Bukit Rangin Berhad

Matlamat:
Meningkatkan kesedaran tentang peranan koperasi sekolah dalam menerapkan jati diri yang murni di samping memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan murid-murid.

Objektif:
  • Meningkatkan kesedaran murid tentang faedah yang diperoleh dengan menjadi ahli koperasi.
  • Menarik minat lebih ramai untuk menceburi bidang keusahawanan.
  • Meningkatkan kemahiran murid mengurus sesuatu projek di peringkat sekolah.
  • Meningkatkan semangat kerjasama dan integrasi dalam kalangan murid dan guru melalui aktiviti yang dianjurkan.
Aktiviti:
  • Pertandingan kuiz
  • Pertandingan memasak dan rekaan fesyen
  • Pertandingan pidato
  • Pertandingan memancing
  • Gerai jualan - makanan, pakaian, alat tulis, buku, buah-buahan
  • DJ Corner
  • Tayangan filem

Bacaan ikrar

Bacaan doa
Bacaan perutusan YBhg YDP Angkasa oleh
Muhd Naiemuddin (5T)


Bacaan perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna oleh
Nurfarisha (4C)
Bacaan perutusan YB Menteri Pelajaran
oleh Nur Aqilah Yasmin bt Mohd Zuki (4E)

Ucapan Tuan Pengetua

"Semua murid dan guru digalakkan menjadi
ahli Koperasi Sekolah. Sumbangan kita
sebagai ahli koperasi adalah untuk sekolah dan
kegunaannya (hasil) untuk semua".
- Pengetua


Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas Koperasi
Penyampaian cenderamata koperasi kepada murid dan guru 

Nyanyian lagu koperasi


 
Majlis penanaman pokok
 
Pertandingan kuiz
 
Gerai buku 

Tayangan filem

Pertandingan kuiz
Pertandingan memancing

Pertandingan pidato