MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 21 May 2022

SAMPAI JUMPA LAGI, SAHABAT!

CIKGU APANDI YANG BAIK BUDI,
GELAK TAWAMU MEMECAH SUNYI DAN SEPI,
DI  'BILIK GURU A' MAHUPUN DI 'BILIK GURU B',
, CANDA NAKALMU YANG MENCUIT HATI,
MENCERIAKAN HARI-HARI KAMI,
PEMURAH, 'SPORTING', DAN 'HAPPY GO LUCKY',
ITULAH PERSONALITI YANG MEMBUATKAN DIRIMU DISENANGI DAN AKAN SENTIASA  DIRINDUI,
TERIMA KASIH, 'GRACIAS', 'MERCI' CIKGU APANDI,
ATAS CURAHAN JASA DAN BUDI,
MESKIPUN KITA SUDAH TIDAK BERSAMA LAGI,
KENANGAN INDAH KEKAL TERPAHAT....ABADI~















🌹 Didoakan semoga Cikgu Apandi sihat serta hidup dirahmati Allah - Cikgu Mustaza
🌹Sahabat yang akan dirindui! Terima kasih kerana mewarnai hidup kami dengan celoteh dan lipur lara anda di BRASS - Cikgu Hanafyieh
🌹Terima kasih sahabat kerana telah 'mengutip', menggilap saya dan sama-sama kita menggilap ubi baru. Terima kasih kerana sentiasa menghiburkan kami. Kami pasti akan sangat-sangat merindui Abang Yek kami - Cikgu Firdaus
🌹 Sampai jumpa kawanku, semoga kita selalu menjadi sebuah kisah klasik 
untuk masa depan - Cikgu Khairul 
🌹Selamat bersara Cikgu Apandi, semoga bahagia dalam rahmat Allah! - Cikgu Wan Kamarul
🌹 Selamat bersara. Semoga hidup diberkati - Cikgu Joe
🌹 Selamat Bersara! Nikmatilah hari persaraan dengan tenang - Cikgu Hasmah
🌹Semoga sentiasa berbahagia disamping famili tersayang - Cikgu Rosmini
🌹 Selamat bersara Cikgu Apandi. Semoga sihat dan gembira selalu - Cikgu Jijah
🌹 Tok Gajah pahlawan agung, Mat Kilau pahlawan sejati, Jasa dan bakti kami sanjung, Sejambak budi kekal di hati - Cikgu Rosliza
🌹 Selamat bersara Cikgu Apandi. Semoga diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu - Cikgu Laili

SELAMAT BERSARA CIKGU APANDI~
SEKITAR MAJLIS PERSARAAN CIKGU APANDI👇

WE LOVE YOU! 💓

KEMERIAHAN PROGRAM 3 DALAM 1 BRASS 2022

Alhamdulillah....sambutan Hari Guru, Hari Pekerja dan Jamuan Raya telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 18/05/2022 (Rabu) dengan menjadikan Dewan Bitara, Dataran Saujana dan Anjung Lestari sebagai lokasi utama program. Program 3 dalam 1 itu diadakan bagi mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin dalam kalangan seluruh warga BRASS. Sudah tentunya penganjuran progam ini  memberi makna yang cukup besar kepada seluruh warga BRASS  kerana melalui program seperti inilah segala kenangan dan memori indah dapat dicipta yang seterusnya akan memberi impak positif terhadap kesejahteraan dan keharmonian sekolah serta warganya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa kelab guru dan staf yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program berkenaan. Jutaan terima kasih juga didedikasikan kepada seluruh warga BRASS (guru, pelajar, staf) yang telah bergerak sederap menjayakan program yang pastinya telah memberi pengalaman manis kepada semua yang terlibat. 

Saksikan rakaman DETIK-DETIK INDAH sepanjang sambutan program 3 dalam 1 ini. 

TEMA HARI GURU 2022: GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

















Kita raikan juga pekerja-pekerja cemerlang.  TAHNIAH penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021






Dewan bersuluh dengan cahaya 
Anjung dihias bagai istana
Sungguhlah indah nampak bergaya
Alangkah damai penuh bahgia

Warna warni di Aidilfitri 𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅯
Warna warni di Aidilfitri 𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅯
Warna warni di Aidilfitri 𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅯
Warna warni di Aidilfitri 𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅯




















TERBAIKKKK! kita TAMBAHBAIK pada tahun hadapan :)