23 Nov 2010. Bermula daripada hari ini sehingga 16 Disember 2010, pastinya calon SPM tidak senang duduk mengingatkan kertas-kertas peperiksaan yang akan dijawab. Ibarat kata pepatah; makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Walau bagaimanapun, bagi yang bersedia dari awal tentunya boleh bernafas lega. Begitulah seelok-eloknya, ibarat kata orang tua-tua dulu, sediakan payung sebelum hujan. Bukannya dah hujung-hujung baru nak buka buku. Orang Putih kata, don't wait till the eleventh hour! Orang Melayu kita juga ada kata, jangan dah terantuk baru nak tengadah! Memang cari padah. Nanti menyesal tak sudah. Kalau tak faham peribahasa-peribahasa yang ada dalam catatan ini, silalah rujuk guru bahasa masing-masing. Ilmu tu....
Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM 2010. Anda akan dapat daripada apa yang telah anda usahakan, insya Allah.
Jadual SPM 2010
No comments:
Post a Comment