MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday, 28 December 2010

Kata Pengantar Fokus 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Allah memberi kita kekuatan menurut kehendak-Nya melalui jalan Rasulullah s.a.w. serta para sahabat dan yang mengikuti mereka sehinggalah kita dipanggil menghadapi Allah s.w.t.

"Wahai guru, jaga tingkah lakumu kerana mata anakku melihat kepadamu."
Khalifah Islam

"Remember that in the eyes of the community, you are a professional all of the time, 
even away from school."
Edward Gardner,
Guru, 36 tahun pengalaman

Sahabat sekalian,
Khalayak pendidikan sedang menatang dan meneliti NKRA, Prasekolah, LINUS, SBT, New Deal, SIP, MBMMBI, 1Murid 1Sukan dan jenama-jenama lain produk pendidikan semasa. Transformasi yang dikehendaki oleh kerajaan telah, sedang dan akan kita dokong melalui perancangan dasar dan pelaksanaan di bawah kementerian yang penting ini.

Semua itu akan bertumpu balik kepada diri setiap individu bergelar guru di barisan hadapan (battle ground). Kitalah pejuangnya!

Maka, saya seru agar kita sama-sama kembali kepada asas (back to basic) guru yang semestinya menjaga dan mencermin diri melalui dua petikan pertama di atas. Kita mesti profesional dan kekal selamanya demikian. 24712365!

Antara sebab kewujudan (reason of existence) sekolah kita adalah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada murid. Sewajarnya peluang tersebut adalah yang terbaik untuk mereka. Juga patut menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka. Maka kita mesti kreatif dan inovatif.

"Start by letting them know that you care.
Your actions and concern for their success speak volumes."
Dawn Carroll
Guru, 10 tahun pengalaman

Yang akan lebih indah nanti apabila kita menerima bonus amanah, usaha atau ibadat keguruan dan kecikguan di akhirat.

Rakan sekalian,
Kita sudah pun menerima bonus pujian dan penghargaan (dunia) awal menjelang 2011 ini melalui keputusan PMR 2010  yang  meningkat kualiti dan kuantitinya. Syabas dan terima kasih atas usaha semua guru! Itulah sebahagian bukti kerja kita yang tak terpadam.

Keputusan juga SPM 2010 akan muncul nanti untuk menjadi kayu ukur keberkesanan sistem penyampaian sekolah kita.

Yakinlah yang SMKBR berupaya mencipta lebih banyak kejayaan dan kenangan indah jika kita sentiasa bersikap reflektif dan memberi tumpuan kepada proses dalam mendapatkan hasilnya (outcome). Proses Pembelajaran dan Pengajaran adalah fokusnya! Pembelajaran murid didahulukan dan sudah tentu akan memerlukan pembelajaran guru dipertingkat.

"Kita perlukan guru yang cemerlang bagi membentuk pelajar cemerlang.
Tidak mungkin kita dapat menghasilkan pelajar kelas pertama
dengan guru kelas ketiga."
Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim

"Don't be afraid to share, but don't forget to listen."
 Melinda Cumming
Guru, 6 tahun pengalaman

Mari sama-sama kita usahakan seperti yang seronok kita nyanyikan dalam lagu SMKBR. Mari kita terus bertawakal kepada Allah agar diberkati dan diredhai.

Terima kasih atas segala sumbangan selama ini dan yang akan datang.
Salam kecemrlangan dunia dan akhirat.

Untuk Renungan Di Jalan Perjuangan SMKBR 2011

Guru mesti menerima hakikat bahawa:
Setiap murid adalah amanah Allah,
Setiap murid unik,
Murid tidak boleh diberi kebebasan 100%,
Murid aset keluarga yang paling berharga,
Murid tidak suka adanya pilih kasih,
Murid perlu iklim sekolah harmonis,
Murid ingin diberikan kepercayaan,
Murid ingin dihormati,
Murid tidak suka dibanding-bandingkan,
Murid tidak suka kritikan berlebihan,
Murid belajar lebih baik jika disiplin kelas terkawal,
Murid suka dipuji.

Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus
Pegetua SMK Bukit Rangin

1 comment: