MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 4 February 2011

Alumni Guru

Tarikh   :  28 Januari 2011
Tempat  :  Coffee House Shahzan Inn Kuantan
Masa  :  3.00 petang.

Perjumpaan diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan kembali guru-guru dan kakitangan sokongan yang pernah berkhidmat di SMK Bukit Rangin sejak 2001 hingga sekarang di samping meraikan Puan Azhariah, Pengetua SMKBR yang pertama, yang baru menempuh alam pencen mulai Januari 2011. Semoga beliau dapat memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilakukan dahulu sewaktu bekerja.
         Perjumpaan ini sesungguhnya sangat meriah dan penuh semangat. Ternyata semua yang hadir menunjukkan perasaan bangga dan sayang kepada SMK Bukit Rangin melalui perbualan dan ucapan. Alumni yang pertama ini juga diharapkan menjadi asas kepada penubuhan alumni guru SMK Bukit Rangin yang rasmi pada suatu hari nanti. Mungkin juga Alumni Guru SMK Bukit Rangin menjadi pertubuhan yang pertama seumpamanya. Guru oh guru!

1 comment: