MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 30 May 2011

Mendaki

Beberapa hari lalu saya membaca buku baru Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En Yahya Zainal Abidin - "Mendaki". Saya alami pendakian tersendiri di SMKBR.

Hari akhir sebelum cuti kami bertemu semua murid Ting 3 dan 5 di ruang terbuka. Kelas dalam cuti mulai 30 Mei hingga 3 Jun telah dijadualkan. Penerangan telah dibuat. Surat makluman untuk penjaga telah dikirim lebih awal. Pada pertemuan Jumaat itu, saya mengajak semua murid untuk datang dan mengingatkan bahawa guru-guru sanggup untuk datang. Maka murid mesti lebih sanggup untuk datang demi kebaikan dan kemajuan sendiri.

Saya menyatakan akan menghubungi penjaga dan pergi ke rumah jika murid tak hadir. Saya ada jangkaan bahawa akan ada murid yang tak akan hadir. Tiada kebanggaan jika betul dalam jangkaan begini.

Hari ini, 30 Mei 2011, saya mengambil masa beberapa jam cuba menjejak/menghubungi murid-murid bertuah dalam jangkaan.

Saya menyemak 3 fail Tingkatan 5.
Merujuk 3 buku Rekod Kedatangan Murid.
Mencatat 29 nama murid yang tidak hadir.
Saya mendail lebih 40 nombor telefon.
Menjejak kasih bersama Zul ke 4 rumah selepas jam 8.30 pagi.
Saya miss makan tengah hari.
Saya masih di pejabat mendail hingga jam 6.00 petang.

Ada yang sedang tidur, ada yang keluar bertuala sahaja, ada yang pagi-pagi lagi dah keluar untuk "ambil kawan" tapi tak muncul di kelas! Ada yang ibu bapa tak tahu menahu tentang kelas. Ada yang tahu tapi tak dapat membangunkan anak dari tidur. Ada yang tak tahu ke mana perginya anak.

Nombor-nombor telefon dalam Buku Rekod Kedatangan bukan semuanya mudah dibaca. Nombor tulisan tangan boleh "menipu" mata. Salah dail. Salah baca. Salah nombor. Nombor tiada dalam perkhidmatan. Nombor dah bertukar tuan. Tak dapat dihubungi. Nombor di luar kawasan.

Ada murid sakit dan ada di rumah. Ada yang pergi medical appointment . Ada yang iringi bapa untuk medical appointment. Ada yang ikut keluarga "keluar", hantar abang, kakak. Ada yang pesan pada kawan. Kawan tak pesan pada cikgu. Ada yang pesan pada cikgu, tak ada catatan dan makluman.
Ada yang lupa hari dan ada yang lupa jam. Macam-macam ada!

Encik Wahab komen:Budak-budak sekarang bertuah dapat guru-guru prihatin.
Encik Mahmudin kata:"Bos jadi operator (telefon) hari ni. Ini pasal NKRA la, kena jaga ranking".

Yang saya tahu cikgu-cikgu Bukit Rangin memang dah lama kerja kuat. Sebelum NKRA pun.
Bukit Rangin memang menjanjikan pendakian yang mencabar. Itu saya dah tahu dari awal lagi sejak tiba di sini.

No comments:

Post a Comment