MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday 4 January 2012

Hari Pertama 2012






Tahun baru, azam baru dengan semangat baru. Seramai 1036 orang murid SMK Bukit Rangin hadir ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2012. Dalam perhimpunan pertama di Dewan Bitara, En. Mohammad Nasri (PK Hal Ehwal Murid) menggariskan beberapa perkara untuk diberi perhatian oleh semua iaitu:
  1. Perhimpunan pagi Isnin akan bermula seawal jam 7.20 pagi dan berakhir pada 8.20 pagi.\
  2. Pada hari-hari lain, semua murid perlu berkumpul di Dataran Bitara untuk bacaan doa sebelum memulakan sesi pembelajaran.
  3. Taklimat Kokurikulum hari ini pada jam 2.00 petang di Dewan Bitara.
Manakala Tuan Pengetua pula mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar kepada semua murid. Beliau mengucapkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian baik calon PMR sekolah pada tahun 2011 dengan 15 orang berjaya memperolehi semua A dan peningkatan dalam lulus semua mata pelajaran. Pencapaian ini membolehkan SMKBR berada di tempat ke-8 dalam senarai 10 sekolah terbaik dan dinobatkan sebagai sekolah harian terbaik daerah Kuantan.  Beliau turut memperkenalkan seramai lapan orang guru baru di SMK Bukit Rangin iaitu:
  1. Pn. Azizah bt Abdullah
  2. Cik Mazuin bt Adnan
  3. En. Mohd Nazir b Noh
  4. Pn. Suzana bt Hassan
  5. Pn. Norzalina bt Mazlan
  6. Pn. Roseliza bt Mohd Taib
  7. Pn. Rosni bt Che Hak
Akhir sekali, Tuan Pengetua mengucapkan selamat tahun baru kepada semua guru dan murid dan mengharapkan SMK Bukit Rangin mampu mencapai visi sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2016.

No comments:

Post a Comment