Fakta mengenai Surah Ya Siin:
- Mengandungi 83 ayat
- Surah ke-36 dalam al-Qur'an
- Dinamakan Ya Siin kerana dimulakan dengan huruf Ya dan Sin.
- Diturunkan sesudah Surah Al-Jin
Hadrat Ata ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW
diberitakan telah bersabda "Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi". Dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi al-quran ialah SurahYassin. Barangsiapa membaca SurahYassinAllah S.W.T. Akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh al-quran sebanyak sepuluh kali." Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan Surah Yassin dan Surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan kepada para malaikat pun berkata, "umat di mana al-quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati. Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahuluakan diampunkan. Oleh itu, jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."
No comments:
Post a Comment