MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 14 September 2012

Renungan Pagi Jumaat

Menurut Ibnu Al-Qayyim, terdapat 5 perkara yang boleh membawa kerosakan kepada manusia, iaitu:
  1. Pergaulan - pilih rakan-rakan yang memiliki sifat terpuji supaya kita juga terpengaruh untuk melakukan kebaikan. Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati. Rasululah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud). Dan terangnya hatinya itu dari empat macam iaitu:
    • Perut yang lapar
    • Sahabat yang soleh
    • Mengingati dosa-dosa yang lalu
    • Tidak panjang angan-angan
  2.  
  3. Banyak angan-angan -  Qatadah dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Semua yang ada pada anak Adam dapat berubah rosak atau tua kecuali dua macam iaitu rakus dan angan-angan.  Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Yang saya sangat khuatirkan atas kamu dua macam iaitu panjang angan-angan dan menurut hawa nafsu, kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat dan menurutkan hawa nafsu itu menghalangi dari kebenaran (hak)." Sebab siapa yang panjang angan-angan disiksa dengan empat macam iaitu:
    • Malas berbuat taat
    • Banyak kerisauan dunianya
    • Rakus dalam mengumpul harta
    • Keras hatinya
    •  
  4. Bergantung selain daripada Allah s.w.t - Bermohonlah sentiasa kepada Allah s.w.t. kerana Allah sangat suka mendengar permohonan hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya): “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari berdoa menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah al-Mu’min, 40: 60).
  5.  
    Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya doa ini yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan di sepanjang hari tersebut. tersebut adalah seperti berikut;
(Hadith riwayat Tarmizi) 

4.   Makanan - Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31). Rasulullah s.a.w. pula bersabda, “Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah”. Hati bersih juga memudahkan seseorang itu untuk menerima ilmu yang akan membimbing kehidupannya ke arah jalan diredhai Allah SWT. Ramai umat Islam hari ini berpeluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi tetapi gagal menjadi Muslim sejati.
 
10 jenis makanan yang baik diamalkan (dan menjadi pemakanan genius Islam):
  1. Madu - Al-Quran ada menyebutkan bahawa madu merupakan ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dan dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
  2. Kismis - membina darah untuk menyalurkan oksigen yang mencukupi ke otak.
  3. Susu segar - berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Rasullullah s.a.w ada menerangkan bahawa susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
  4. Telur - menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
  5. Halia - sangat mujarab untuk gejala kelupaan.
  6. Limau - berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung, menambah kekuatan fikiran, menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
  7. Buah delima - Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  8. Ayam - memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras
  9. Kekacang - meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
  10. Daging biri-biri/kambing - menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan
5.   Banyak tidur - Menurut Fudhail, ada dua kebiasaan yang dapat membuat hati keras: Banyak tidur dan banyak makan. (HR.Baihaqi). Beberapa ahli ma'rifat mengatakan bahawa rasa sedih (kerana dosa) tidak akan muncul dengan banyak tidur.
 
Di antara tidur yang di benci adalah tidur di antara waktu subuh dan matahari terbit, kerna itu adalah waktu yang sangat berharga. Bagi para salik, bekerja pada waktu tersebut mempunyai keutamaan yang luar biasa. Bahkan, andaikan bekerja sepanjang malam, ia tidak akan berhenti pada waktu itu hingga terbit matahari. Waktu antara subuh dan matahari terbit adalah awal siang dan kuncinya, waktu turunnya rezeki dan berkah. Dari situlah siang berawal dan di situlah semua hikmah berkumpul. Maka, yang tidur pada waktu itu adalah orang yang terpaksa.

Secara umum, tidur yang paling baik adalah tidur setengah malam, aitu pada awal malam (setelah waktu Isya') dan seperenam malam yang akhir, kira-kira 8 jam. Menurut para doktor, ini adalah waktu yang paling baik untuk tidur. Jika kurang atau lebih dari itu akan menyebabkan tubuh sakit.

Di antara tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur di awal malam (setelah matahari terbenam dan sebelum waktu Isya'). Rasulullah s.a.w.  tidak menyukai tidur pada waktu itu. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa tidur pada waktu itu tidak baik menurut syari'at maupun kesihatan.
 
[Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Nazli bin Mahmud bersempena bacaan Yasiin mingguan].

No comments:

Post a Comment