Berakhir sudah sesi persekolahan 2013 nan panjang. Kini cuti panjang hujung tahun muncul kembali. Semua guru dan murid bercuti. Bagaimanapun, dalam bercuti masih ada yang terpaksa bertugas. Jadi bukanlah betul-betul bercuti seperti mana yang selalu diperkatakan. Murid-murid Tingkatan 5 masih kagi dalam edah peperiksaan SPM. Ramai guru yang terlibat sebagai pengawas peperiksaan yang hanya akan berakhir 6 Disember. Ada juga guru yang mengambil kesempatan meneruskan perjuangan untuk mengadakan kelas tambahan bagi subjek-subjek yang bakal muncul. Kemudian, ramai pula yang terlibat sebagai pemeriksa kertas SPM yang bukan sedikit dan mengambil tempoh lebih kurang sebulan untuk disiapkan. Pentadbir-pentadbir pula akan bertugas di sekolah secara bergilir di sekolah masing-masing disamping membuat perancangan untuk tahun depan. Petugas-petugas banjir pula bersedia untuk dipanggil sekiranya berlaku banjir. Belumpun cuti berakhir, guru-guru akan dipanggil untuk mesyuarat pertama sebagai permulaan takwim tahun baru yang pasti akan tiba. Program pertama tahun baru saja pun bermula di akhir cuti iaitu Pendaftaran Tingkatan 1 yang dijadualkan pada 31 Disember 2013. Kemudian bermulalah putaran rasmi roda persekolahan tahun 2014. Begitulah sentiasa rutin dunia pendidikan yang terikat dengan time frame.
Kepada guru-guru, manfaatkanlah quality time ini sebelum berakhir. Kepada murid-murid, dalam bercuti jangan lupa untuk belajar. Buatlah sedikit persediaan untuk tahun depan....
Selamat Bercuti!
No comments:
Post a Comment