MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Saturday, 19 January 2013

Pemberian Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

PENDAHULUAN
Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet    Negara bagi tahun 2013 telah meluluskan   peruntukan sejumlah RM540 juta untuk    pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga  Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun  2013.  

OBJEKTIF 
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun  yang ditanggung oleh ibu bapa atau  penjaga murid.

KRITERIA KELAYAKAN 
1. Murid warganegara Malaysia
2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2013
3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
 
TEMPOH PELAKSANAAN 
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2013 sahaja

ATUR CARA MAJLIS
8.30 pagi
Pendaftaran
9.00 pagi
  • Ucapan Tuan Haji Zaimi b Abu Bakar, Pengetua BRASS
  • Ucapan YB Dato’ Mohd Zaili b Haji Besar, DIMP., ADUN Panching
  • Penyampaian Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 oleh YB Dato’ Mohd Zaili bin Haji Besar, DIMP. kepada murid Tingkatan  1 Cendekia, 3 Cendekia dan 5 Cendekia.
  • Jamuan ringan
 
10.00 pagi
  • Pengambilan Wang Bantuan Khas Awal         Persekolahan RM100 oleh ibu bapa / penjaga di kelas-kelas seperti yang ditetapkan dalam jadual.
  • Bersurai












No comments:

Post a Comment