Pemandangan 5 tahun sekali! Seperti mana tempat-tempat lain, begitulah juga kawasan Bukit Rangin yang turut meriah dengan bendera-bendera pilihan raya yang akan berlangsung esok, 5 Mei 2013, selepas Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bermakna suasana seperti ini akan hanya dilihat dan dirasa lima tahun lagi iaitu pada tahun 2018 yang akan datang.
Walau bagaimanapun, murid-murid BRASS telah diingatkan oleh Penolong Kanan HEM untuk TIDAK TERLIBAT dalam sebarang unsur politik sepanjang proses sebelum, semasa atau selepas pilihan raya. Menurut Peraturan 7 dalam Ordinan Pendidikan 1957 Peraturan-peraturan Murid dan (Disiplin Sekolah) 1959:-
"Murid-murid di
bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik:
- Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.
- Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.
- Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.
- Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.
- Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan."
Sekiranya seseorang murid telah melanggar peraturan tersebut di atas, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu
dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau
membuang murid itu dari sekolah.
Kesimpulannya, tugas murid-murid adalah belajar. Pilihan raya adalah urusan orang dewasa. Larangan ni termasuklah komen atau status dalam Facebook, Tweeter atau se bagainya. Kalau bersemangat sekalipun, tunggulah sampai umur 21 tahun. Masa tu bukan setakat mengundi, nak masuk jadi calon pun boleh. Semga Pilihan Raya 2013 berjalan dengan aman, harmoni dan demokratik.
Selamat Mengundi!
No comments:
Post a Comment