Sempena Hari Nuzul Qur'an esok hari, BRASS menganjurkan beberapa program iaitu :-
- Bacaan Mathurat
- Kuiz Ramadhan
- Persembahan Nasyid
- Puisi Ramadhan
- Ceramah Nuzul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hamdan Yusi, Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Sesungguhnya al-Qur'an meupakan mukjizat agung yang diturunkan Allah kepada Rasulullah s.a.w. lambang kasih-Nya kepada kita. Pergilah kepada al-Qur'an sekiranya kita terlupa. Kembalilah kepada al-Qur'an sekiranya kita berselisih. Kajilah al-Qur'an untuk panduan. Bacalah al-Qur'an sebagai penenang jiwa. Gunalah al-Qur'an sebagai pedoman sepanjang hidup. Naskhahnya terpelihara sehingga sekarang dan khazanahnya terbukti telah menarik ramai pengkaji dan cerdik pandai bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam kerana hebatnya kebenaran al-Qur'an.
- Seorang mubaligh Kristian, pakar Matematik serta mendalami ilmu Theologi (ketuhanan) Kristian dari Kanada bernama Dr. Gary Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban. Selain membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut “terkesima waima” dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakang dan pendidikannya. Ditambah pula, ada antara ayat suci dalam al-Quran itu mencabar masa depan dengan hal-hal yang manusia sendiri tidak dapat meramal atau menjangkakannya. Contohnya ayat yang menyatakan tentang permusuhan antara Yahudi dan Islam yang berlarutan sehingga sekarang (Al-Maidah : 82-84).
- Terbukanya tabir hati seorang ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakulti Farmasi Universiti Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca majalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surah An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahawa luka yang dibakar cukup dalam tidak akan menimbulkan kesakitan kerana hujung-hujung saraf sensoriknya sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand, Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang tunduk menyembah bumi dan menyatakan keikhlasan memasuki Islam.
- Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanographer, yang sering muncul di television melalui siaran Discovery, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeza kadar kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang lainnya. Bertahun-tahun beliau berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawapan misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia menjelaskan tentang ayat Al-Quran Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53.
- Prof. Dr. Maurice Bucaille, seorang pakar bedah kenamaan Perancis, diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi dan dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis kerana laporannya tentang ketahanan mumia Firaun daripada reput, walhal umat Islam telah lebih dahulu mengetahui bahawa mayat Firaun itu masih lagi bertahan sehingga sekarang. Beliau menemukan jawapan berhubung kajiannya itu setelah membaca Surah Yunus : 92.
- Robert Guilhem, pakar genetik dan pemimpin Yahudi di Albert Einstein College menyatakan dengan tegas soal keislamannya. Dia masuk Islam setelah kagum dengan ayat-ayat Al-Quran tentang masa iddah wanita muslimah selama tiga bulan. Masa iddah merupakan massa tunggu perempuan selama tiga bulan, selama proses dicerai suaminya (al-Baqarah : 228).
- Hana Tajima Simpson, seorang pereka fesyen Jepun membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam dalam kalangan Muslimah. Beliau mula memeluk Islam sejak berusian 17 tahun kerana mendapati kehidupan orang Islam berbeza dengan orang lain. Ini menjadikan beliau tertarik dengan Islam dan meneruskan kajiannya melalui al-Qur'an. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita".
- Cendekiawan fizik Ukraine masuk Islam kerana kebenaran Al-Quran membuktikan bahawa putaran paksi Bumi boleh berbalik arah. Demitri Bolykov, sorang ahli fizik yang sangat meminati kajian serta kajian-kajian ilmiah, mengatakan bahawa pintu masuk keIslamannya adalah fizik. Dia mendapati informasi tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, ”Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah akan menerima Taubatnya.”
- Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
- Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains mengadakan penyelidikan mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada. Para ilmuwan selama hampir 3 tahun mengkaji fenomena yang menghairankan ini berjaya menganalisis denyutan atau bunyi suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah) dengan sebuah alat canggih yangbernama Oscilloscope. Akhirnya para ilmuwan tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat!!! Seorang ilmuwan Muslim yang turut mengkaji fenomena ini menyatakan kepada beliau bahawa umat Islam telah mengetahui fenomena ini sejak lebih 1400 tahun. Beliau lantas membacakan, "... Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Isra': 44)
- Loo Jo Yee adalah seorang gadis berbangsa Cina Malaysia berusia 18 tahun. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian yang taat dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap masuk Islam adalah suatu yang hina bagi keluarganya. Loo Jo Yee banyak berdebat dengan rakan-rakannya dengan matlamat untuk mempengaruhi mereka memeluk Kristian. Oleh kerana itu, beliau mengkaji kedua-dua Bible dan al-Quran untuk menguatkan hujahnya. Tetapi semakin lama semakin dia menemukan penyelewengan di dalam Bible sebaliknya kebenaran di dalam al-Quran.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allhuakar!
No comments:
Post a Comment