MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 12 July 2013

Hari Pelaporan


Terima Kasih
kepada semua ibu bapa yang hadir mendapatkan laporan pencapaian pelajaran anak masing-masing dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. Kehadiran mereka membuka peluang kepada hubungan tiga hala yang lebih baik antara murid, guru dan ibu bapa. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak akan terbentuk tanpa adanya hubungan yang erat ini. Segala permasalahan dapat dikongsi dan dirungkai bersama dan akan cuba diatasi secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak. Semoga apa yang dibincangkan bersama dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak BRASS.
 
Sedikit perkongsian tentang sikap prihatin as-Syahid Hassan al-Banna sebagai bapa kepada anak-anaknya dalam buku Cinta di Rumah Hassan al-Banna tulisan Muhammad Lili Nur Aulia (2008). As-Syahid Hassan al-Banna merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin yang telah mati ditembak pada tahun 1949 di Mesir disebabkan kerja dakwah Islamiahnya. 
 
Beliau merupakan seorang pendakwah yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dakwah kepada umatnya. Tsana, salah seorang anak Hassan al-Banna, mengatakan bahawa ayahnya hanya tidur empat jam sahaja sehari kerana kesibukan urusan hariannya. Walau bagaimanapun, ayahnya sentiasa berusaha untuk bersama-sama keluarga bahkan berusaha meminta tetamu datang ke rumah supaya berpeluang makan pagi bersama anak-anak.
 
Manakala anaknya yang lain, Saiful Islam bercerita, ayahnya Hassan al-Banna melakukan perancangan yang baik untuk anak-anak dengan mewujudkan sebuah carta yang mengandungi semua masalah anak yang penting untuk diberikan perhatian seperti kesihatan dan pelajaran. Carta itu antaranya mengandungi:
a. Tarikh dan sejarah kelahiran
b. Nombor kelahiran
c. Jadual pemberian ubat dan makanan
d. Surat keterangan doktor
e. Keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci
f. Ijazah anak-anak
g. Catatan prestasi anak-anak di sekolah.
 
Dan setiap anak-anak al-Banna ada catatan masing-masing! Contohnya, 'Saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...'. Wafa perlu dibantu dalam mata pelajaran ini....' Banyak lagi yang dilakukan al-Banna dalam memastikan keperluan anak-anaknya dipenuhi sama ada keperluan jasmani mahupun rohani.
 
Sesungguhnya perancangan yang hebat pastinya melahirkan sesuatu yang hebat dengan izin Allah Azza wa Jalla. Bersama-samalah kita menjadi ibu bapa dan guru yang baik untuk masa depan anak-anak yang baru nak mengenali dunia!
 









































No comments:

Post a Comment