MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 21 February 2014

Majlis Permuafakatan & Penetapan KPI PMR & SPM

Kejayaan seorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan adalah amat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa serta guru bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Justeru adalah diharapkan Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru di BRASS 2014 dapat meningkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik. Kerjasama yang wujud diharapkan dapat menjadi motivasi yang utama kepada guru untuk melaksanakan program ke arah kecemerlangan.

Objektif
  1. Memberi kesedaran kepada ibu bapa pentingnya perhatian kepada pembelajaran anak-anak.
  2. Pendedahan kepada ibu bapa tentang program yang akan dilaksanakan untuk peningkatan kecemerlangan dan diharapkan mendapat sokongan daripada ibu bapa.
Matlamat
Permuafakatan ini dapat melonjakkan prestasi akademik dan pembentukan akhlak yang positif dalam kalangan pelajar dan sebagai wadah hubungan dua hala antara ibu bapa dan guru dalam melaksanakan program yang dirancang.





















Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi membawa pelbagai jenis kuih muih untuk santapan bersama! ♡

No comments:

Post a Comment