MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 20 April 2015

Lawatan Penanda Arasan Badan Pengawas BRASS ke KISAS

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke KISAS @ Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang Selangor. Sebuah sekolah SBT @ Sekolah Berprestasi Tinggi dan terkenal dengan BADAR @ Badan Dakwah & Rohani yang berpengaruh dalam kalangan pelajar-pelajarnya. 




Selain KISAS, sekolah ini juga dikenali sebagai "tanah wakafan". KISAS ditubuhkan di atas tanah wakaf Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda berharap dapat melahirkan ulama' yang bertakwa kepada Allah,  mengamalkan ajaran Islam dan memerangi kekufuran. 

KISAS

Kami tiba di KISAS pada jam 10.30 pagi, kira-kira 1 jam lewat dari perancangan asal. (Allah lebih hebat dalam perancangan - Nya!). Kami disambut baik dengan alunan salawat nabi oleh ketua-ketua pelajar @ pengawas  KISAS dan guru kaunselornya, Pn Asiah.  




Kemudiannya kami bergambar beramai-ramai di hadapan pejabat KISAS sebelum aktiviti pertama, Perkongsian Pintar. Pejabat ini merupakan bekas istana Sultan Hisamuddin yang masih lagi dikekalkan sehingga sekarang. 


Usai bergambar, kami bergerak ke Dewan Kuliah Ulul Albab untuk sesi perkongsian pintar Badan Pengawas BRASS dan Lembaga Ketua Pelajar KISAS. Di sini kami melihat ketokohan, kepetahan, keberanian dan kecerdasan para pengawas KISAS ketika melontarkan idea. Kami dipertontonkan video kehidupan seharian mereka di KISAS yang disampaikan oleh Ketua Umum @ Ketua Murid KISAS, Sdr Taqiuddin,  pelajar Tingkatan 6 dan merupakan calon STAM (Sijil Tinggi  Agama)  dan MUET terbaik. 
Diikuti pula dengan sesi dialog antara para pengawas BRASS, KISAS dan Maahad Muar (yang berada di KISAS selma seminggu untuk program immersion). Sesi berlangsung dengan rancak sehingga ke waktu rehat pada jam 12.30 tengah hari. Sesi terpaksa dihentikan walaupun banyak lagi persoalan yang terpaksa disimpan. Mungkin boleh diteruskan pada satu ketika nanti....



Pelajar Maahad Muar

Kaunselor Pn Asiah 

Ketua Umum, Taqiuddin 

Presiden BADAR

Sh. Aisyah menerangkan peranan Exco Disiplin Badan Pengawas
BRASS 

Ketua Biro Disiplin KISAS

Wan Mohd Farhan menerangkan tentang peranan
Exco Kehadiran Pengawas BRASS

Kami menikmati jamuan ringan di kantin KISAS yang sebetulnya disediakan 3 jam lebih awal sepertimana yang dijanjikan dalam tentatif lawatan. Biarpun hidangan mee gorengnya telah sejuk tapi keenakannya tetap menyelerakan. Kantinnya simple tetapi tetap menangkap pandangan mata kami dengan sign board ayat Al-Qur'an yang sangat besar terpampang di ruang makan pelajar. Bukan saja di situ, bahkan ayat-ayat suci turutbanyak menghiasi di kebanyakan dinding bangunan di sekeliling KISAS. 



Bersama guru penasihat Lembaga Ketua Pelajar KISAS,
Pn Siti Saliha yang telah berkhidmat di KISAS sejak tahun 1993.

Teko cap KISAS! 

Selesai jamuan, tibalah pula majlis penutupan. Masa berlalu terlalu pantas. Seperti baru saja bermula tetapi sudahpun berakhir. Kami bertukar-tukar cenderamata sebelum meneruskan sesi terakhir; lawatan di sekitar KISAS. 

Ucapan terima kasih dari PK HEM BRASS, En Nazli Mahmud

Cenderamata dari KISAS

Cenderamata dari BRASS

Sebelum meninggalkan KISAS, kami dibawa melawat ke sekitar KISAS seperti Bilik Disiplin, PSS, Asrama Puteri dan Koperasi. 






Bilik Dokumentasi Unit Displin

Dewan Makan Aspuri

PSS



Peralatan gamelan 





Sudut ASEAN







Ketua Murid KISAS & BRASS

Dihadapan mercu tanda KISAS, sekolah SBT 2010

Terima kasih KISAS kerana menerima kami dan memberi layanan yang sangat baik. Suatu perkongsian yang sangat berguna. Semoga berjumpa lagi di suatu ketika nanti. Wailal liqa'

No comments:

Post a Comment