Sesungguhnya, daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pulang. Lewat petang Khamis, 30 April, kami menerima satu berita yang maha mengejutkan. Baru petang semalam berjumpa. Baru semalam solat bersama. Berita yang kami terima sesungguhnya sukar untuk diterima pada permulaannya. Tetapi akhirnya kami akur bahawa ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya ketentuan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia...
Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Norhasimah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan mengambil anaknya yang belajar di Kolej Perubatan Sultan Idris di Ipoh. Beliau membawa bersama anaknya yang bongsu, Adam yang berusia 9 tahun. Manakala suaminya pula selamat dan hanya mengalami kecederaan di lutut. Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga almarhumah. Berita kemalangan beliau diterbitkan dalam Harian Metro dan Berita Harian 1 Mei 2015.
Almarhumah selamat disemadikan di kampungnya di Kampung Paya Rambai Kota Bharu Kelantan pada Jumaat, 1 Mei 2015. Perjalanan yang agak jauh hanya membolehkan kami melawat pusara beliau yang terletak di kawasan perkuburan Masjid Paya Rambai Kota Bharu Kelantan. Rombongan kami berkonvoi dua buah kereta dari Kuantan; Tn Hj Abdul Razak (Pengetua), Ustaz Nazli (PK HEM), Pn Aini (KB Mate & Sains) dan keluarga, Pn Zahuara (KB Votek) dan suami, Pn Rahayati dan Pn Zarina. Kami kemudiannya menziarahi keluarga almarhumah yang rumahnya tidak jauh dari situ.
Semoga arwah Pn Norhasimah dan anak tenang menemui Ilahi. Beliau seorang yang sangat baik dan sentiasa menjaga perhubungan yang baik dengan rakan sekerja. Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Nya.
Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Norhasimah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan mengambil anaknya yang belajar di Kolej Perubatan Sultan Idris di Ipoh. Beliau membawa bersama anaknya yang bongsu, Adam yang berusia 9 tahun. Manakala suaminya pula selamat dan hanya mengalami kecederaan di lutut. Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga almarhumah. Berita kemalangan beliau diterbitkan dalam Harian Metro dan Berita Harian 1 Mei 2015.
Almarhumah selamat disemadikan di kampungnya di Kampung Paya Rambai Kota Bharu Kelantan pada Jumaat, 1 Mei 2015. Perjalanan yang agak jauh hanya membolehkan kami melawat pusara beliau yang terletak di kawasan perkuburan Masjid Paya Rambai Kota Bharu Kelantan. Rombongan kami berkonvoi dua buah kereta dari Kuantan; Tn Hj Abdul Razak (Pengetua), Ustaz Nazli (PK HEM), Pn Aini (KB Mate & Sains) dan keluarga, Pn Zahuara (KB Votek) dan suami, Pn Rahayati dan Pn Zarina. Kami kemudiannya menziarahi keluarga almarhumah yang rumahnya tidak jauh dari situ.
Rombongan kami bertahlil untuk almarhumah Pn Norhasimah |
No comments:
Post a Comment