Atur Cara Majlis
8.00 PAGI
¨ Perarakan masuk Tuan Pengetua dan Pentadbir
¨ Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
¨ Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah
¨ Bacaan Doa
¨ Ucapan Tuan Pengetua
¨ Ucapan Perasmian oleh CP Dato’ Sri Sharifuddin b Ab Ghani
Ketua Polis Negeri Pahang
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan Pen. Ketua Kelas
oleh Pn. Norziah bt Johod, PK Kokurikulum
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan BADAR
oleh En. Nazli b Mahmud, PK Hal Ehwal Murid BRASS
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
oleh Pn. Foziah bt Abdullah, PK Pentadbiran BRASS
¨ Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah
oleh Tn Hj Abdul Razak b Ahmad, Pengetua BRASS
¨ Pelantikan Exco Badan Pengawas 2016
oleh CP Dato’ Sri Sharifuddin b Ab Ghani
Ketua Polis Negeri Pahang
¨ Ikrar Pelantikan oleh Ketua Murid
¨ Penyampaian Cenderamata Perasmi
¨ Majlis selesai
Majlis Anugerah
Watikah Pelantikan
Badan Pengawas, Badan Pengawas Pusat Sumber (PSS),Badan Ketua Kelas dan Badan Dakwah & Rohani (BADAR) merupakan antara badan-badan kepimpinan murid yang memainkan peranan yang agak besar dalam membantu guru-guru dalam bidang pengurusan dan disiplin murid-murid. Mereka merupakan murid pilihan yang mempunyai keterampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Justeru,sebagai tanda pengiktirafan kepada mereka Majlis Anugerah Watikah Pelantikan diadakan untuk melantik secara rasmi murid-murid yang telah berjaya dalam tempoh percubaan mereka.
Rasional
Jawatan yang digalas dapat melatih mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.
Objektif
1. Pengawas Sekolah dapat melaksanakan tugasan dalam membantu pengurusan disiplin sekolah khasnya dan pentadbiran amnya.
2. Pengawas Pusat Sumber dapat membantu pengurusan buku dan bilik Pusat Sumber Sekolah.
3. Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dapat membantukawalan murid dan pengurusan dalam kelas.
Pengawas BADAR dapat menguruskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian untuk membina insan yang cemerlang
No comments:
Post a Comment