MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 28 July 2017

As-Syabab Pasrah Pada Ketentuan

Keputusan pertandingan telah diumumkan. Sekali lagi kita pasrah menerima ketentuan yang diputuskan oleh para juri meskipun respon daripada penonton sangatlah menggalakkan. Tidak kurang juga komen dan pujian diterima seperti menunjukkan tanda kemenangan. Walau bagaimanapun, kita akur kepada keputusan yang ditetapkan. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang mewakili Selangor diumumkan sebagai johan pertandingan nasyid peringkat Kebangsaan yang diadakan di SMK Sultan Azlan Shah Perak Darul Ridzuan. 

Kita akan belajar dari kelemahan yang ada untuk kebaikan masa depan. Pasti ada kekurangan di mata juri walaupun kita telah berpuas hati dengan persembahan yang dibuat. Sekurang-kurangnya kita memperoleh pengalaman berharga berentap bersama juara-juara negeri. Itupun sudah cukup membanggakan. Tambahan pula dapat berkongsi pengalaman dengan pakar-pakar penggubah lagu dan lirik dari serata negeri. Semoga kita di beri peluang di masa-masa akan datang. Insya Allah...





No comments:

Post a Comment