Lawatan ke SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka.
Seramai 36 orang Pengawas dan BADAR dan 4 orang guru menyertai lawatan penanda arasan ini. Peserta rombongan dari BRASS disambut dengan begitu meriah dengan paluan kompang dan persembahan pencak silat dan tabik hormat. Sambutan yang diadakan adalah di luar jangkaan. Para peserta merasa terharu dengan sambutan yang diberikan. Kedua-dua sekolah juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan kerohanian seraya memenuhi keperluan objektif lawatan. Para peserta berpuas hati dengan lawatan tersebut dan merasa kagum dengan sahsiah yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya.
BRASS merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMKA Sultan Muhammad atas layanan baik yang telah diberikan sepanjang lawatan tersebut.
Para peserta juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar bandar Melaka seperti Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam, Bandar Hilir, Menara Taming Sari, River Cruise dan sebagainya.
Para peserta menginap di Asrama Belia Komplek Belia dan Sukan di Ayer Keroh Melaka dengan bayaran sebanyak RM 12 semalam.
Impak daripada lawatan itu, para peserta diharapkan agar...
1. Lebih berdedikasi
2. Lebih nampak hala tuju
3. Lebih pandai mengurus
4. Lebih bertanggungjawab
5. Lebih cemerlang sahsiah dan akademik
Terima kasih Melaka kerana menerima kami.
Semoga berjumpa lagi!!!
No comments:
Post a Comment