Projek Intervensi Semua Subjek Satu A (PiSSA)
Pengwujudan PiSSA merupakan satu usaha yang bernas dalam meningkatkan kualiti pencapaian peperiksaan pelajar-pelajar sekolah menengah. PiSSA satu program progresif merupakan satu kesinambungan pembaharuan produk pendidikan yang sediada iaitu JUJ.
PiSSA bertujuan untuk meningkatkan kualiti pencapaian dan kecemerlangan iaitu semua subjek A dalam peperiksaan SPM di kalangan pelajar-pelajar. PiSSA yang bermula pada tahun 2003, melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Raub, Bentong dan Temerloh bagi peringkat permulaan. Pencapaian Pissa terbukti apabila 80% daripada pelajar yang menyertainya memperoleh kejayaan seperti yang disasarkan.
No comments:
Post a Comment