Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga...
Terima kasih Sekalung Budi
untuk Ustaz Nazli bin Mahmud
yang telah berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun
di SMK Bukit Rangin sebagai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Sepanjang bertugas di sini,
beliau merupakan seorang PK HEM yang sangat
bertanggungjawab dan berdedikasi dalam
melaksanakan tugasan terutamanya bidang disiplin.
Beliau sendiri berjumpa dan menyoal selidik
pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah.
Beliau juga menghubungi secara langsung
ibu bapa/penjaga (panggilan telefon) pelajar-pelajar
yang hadir lewat atau tidak hadir ke sekolah.
Hasilnya tidak mengecewakan apabila
BRASS seringkali mencatat kehadiran
90% ke atas (bulanan) di sekolah harian biasa.
Beliau juga sangat mengambil berat
program-program Bina Insan.
Seringkali beliau sendiri mendapatkan
penceramah atau imam untuk program kerohanian
memandangkan beliau mempunyai hubungan baik
dengan ramai asatizah dari luar.
Ustaz Nazli juga seringkali mengetuai bacaan
Ma'thurat @ Yasin (selain Pengawas BADAR)
dengan alunan suaranya yang lunak dan tepat makhrajnya
yang pastinya akan kami seringkali rindui....
Disebabkan cintanya yang sangat mendalam kepada
dakwah Islamiah, Ustaz Nazli menubuhkan BADAR
(Badan Dakwah & Rohani) yang dianggotai oleh
segolongan pelajar lelaki dan perempuan yang
fasih membaca ayat al-Qur'an.
Jarak yang jauh antara rumah (Pekan) dan sekolah (Kuantan)
tidak menghalang beliau untuk hadir dalam setiap
program sekolah. Paling membanggakan apabila
beliau hadir ke sekolah pada seawal jam 6.50 pagi.
Beliau akan memasang CD lagu nasyid @ zikrullah
yang menjadi halwa telinga warga BRASS pada setiap pagi.
Pendidikan Islam bukan terhenti di dalam kelas sahaja.
Malah banyak amalan-amalan kerohanian yang
diturunkan kepada para pengawas BADAR
untuk dilakasanakan setiap hari.
Zikir Munajat, Bacaan al-Ma'thurat, Yasin,
bacaan surah al-Kahfi (ayat 1-10),
Munajat Perdana, Solat Dhuha dan Solat Jenazah
antara yang menjadi warisan bekas seorang
PK HEM BRASS, Ustaz Nazli bin Mahmud.
Peranan BADAR bukan setakat dalam sekolah,
malahan turut menghadiri bacaan Yasin dan solat jenazah
apabila berlaku kematian dalam kawasan kejiranan
Bukit Rangin dan Permatang Badak.
Sungguh banyak jasa ustaz yang akan dikenang selamanya.
Sehingga sekarang alunan zikir dan ayat-ayat al-Quran
masih lagi berkumandang pada setiap pagi.
Pelaksanaan program-program disiplin dan kerohanian
benar-benar memberi kesan kepada prestasi disiplin para pelajar
kepada semakin baik dan lebih baik.
Perkara ini turut dirasai sehingga ke masyarakat luar
apabila ada sekolah yang mula bertanyakan rahsia
kejayaan BRASS dan ingin berkongsi petua dan cara.
Teruskan perjuangan dakwah mu Ustaz!
Tiupkan roh Islam dalam jiwa anak-anak kita,
menjadi jiwa yang bersih dan hati yang sihat.
Janji Allah itu sesungguhnya benar.
"Sekiranya kau datang kepada Ku dalam keadaan berjalan,
maka Aku akan datang kepadamu dalam keadaan berlari."
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Terima kasih ustaz!
Tahniah & Syabas atas pelantikan sebagai
Pengetua di SMK Muadzam Shah.
Semoga terus berjaya!
No comments:
Post a Comment