MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 15 November 2019

ANUGERAH ZOOM

Program Zoom merupakan hasil usaha PK HEM BRASS, Ustaz Fatthul Mueim bin Bustaman sebagai salah satu cara menangani masalah kehadiran ke sekolah yg semakin membimbangkan. Masalah kehadiran ke sekolah merupakan masalah kebanyakan sekolah di Malaysia. Usaha ini melibatkan 12 org guru yg dilantik sebagai AJK Program Zoom ini. Antara aktiviti zoom yang dijalankan ialah Zoom In, Ziarah Cakna, Temu Murni, Kelas Tahanan, Kerja Amal, Anugerah Bulanan, Anugerah Perdana dan Cabutan Bonanza.

Hasil daripada program ini, peratus kehadiran murid BRASS meningkat dari semasa ke semasa sehingga mencapai kepada 95.93% bagi tahun 2019 - satu keputusan yang sangat membanggakan dan terbaik dalam sejarah BRASS. Semoga usaha ini diteruskan dan memberi impak yang positif kepada kemajuan akademik dan kemenjadian murid-murid BRASS. Syabas kepada semua para penyelaras program Zoom kerana berusaha keras menjaga prestasi kehadiran murid selama lebih kurang 11 bulan bermula Januari hingga November. Terima kasih juga kepada YDP PIBG, Encik Zamzuriadi bin Shamsudin dan AJK PIBG kerana memberi sokongan penuh kepada program ini sehingga dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah...



































 



















Barisan Penyelaras Program Zoom


No comments:

Post a Comment