Kem Kepimpinan tahun ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama pasukan fasilitator Kolej Poly-Tech Mara Paya Besar (KPTM) di bawah kelolaan Encik Kamarul dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPTM. Peserta terlibat terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi kepimpinan pelajar Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Program yg dijalankan secara keseluruhannya sangat menarik kerana melibatkan aktiviti fizikal secara berkumpulan. Peserta kelihatannya semakin segar sehingga ke akhir program walau pada mulanya seperti agak dingin. Fasilitator KPTM telah berjaya menarik minat para peserta melalui modul-modul yang digunakan sehingga menerima permintaan untuk mengadakan lagi program seumpamanya pada masa akan datang. Paling menarik dan mendebarkan apabila para peserta dipelawa untuk berdiri di atas telur mentah! Aktiviti ini adalah untuk menguji keyakinan diri dan tumpuan peserta. Hampir semua peserta yang menawarkan diri berjaya dalam ujian ini.
Apa yang penting peserta menggunakan dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sepanjang kem ini dalam pengurusan organisasi masing-masing dan berjaya menjadi ketua/pemimpin sekolah yang berjaya dan disegani.
No comments:
Post a Comment