MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday, 15 July 2020

HARI PERSEKOLAHAN 15 JULAI 2020 DALAM NORMA BAHARU

Hari ini sekolah mula dibuka kepada semua murid Tingkatan 1, 2, 3 & 4. Murid-murid telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang beberapa peraturan baharu dan jadual waktu baharu di sekolah melalui aplikasi Whatsapp kelas oleh Guru Kelas masing-masing. Semua murid diwajibkan memakai pelitup muka dan mencuci tangan apabila sampai saja di sekolah. Walaupun keadaan agak terkawal sekarang, dan tiada jangkitan baharu di negeri Pahang, tetapi SOP yang ditetapkan kerajaan wajib diikuti untuk kebaikan bersama. Semua orang perlu berjaga-jaga kerana sebenarnya virus Corona tetap ada di mana-mana dan vaksin belum lagi ditemui buat masa ini. Seperti kata pepatah Inggeris; Prevention is better than cure (mencegah lebih baik dari mengubati). 

Tuan Eric Tan Kean Hee, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah bersama pegawainya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan En. Zamzuriadi bin Shamsuddin, Yang DiPertua PIBG juga turut hadir menyambut kehadiran murid-murid ini seawal jam 7.00 pagi. Murid-murid ini diimbas suhu badan dan dinyahkuman menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan. Murid akan ditahan sebentar sekiranya suhu badan kurang daripada 35*C atau melebihi 37*C sebelum diambil suhu semula. Ramai murid yang kurang daripada 35*C kerana terkena angin sejuk ketika menunggang motor atau aircond dalam kereta. Biasanya suhu badan kembali normal selepas beberapa minit. Tidak ramai pula murid yang melebihi 37*C. Kalau ada mereka akan ditahan di Bilik Isolasi dan dijaga oleh guru yang telah ditetapkan. Begitulah keadaannya kehadiran murid pada setiap pagi sehingga keadaan kembali terkawal dan bebas dari Covid-19. 













Kemudian murid-murid terus masuk ke kelas dan duduk di tempat yang telah disediakan dan tidak boleh megubah tempat sesuka hati. Penjarakan yang ditetapkan ialah 'bahu ke bahu' atau dalam jarak 1 meter antara satu sama lain. Kedudukan murid ini ditetapkan dalam pelan kelas yang dibuat oleh Guru Kelas dan ditampal dalam kelas untuk rujukan. Kebiasaannya penjarakan begini hanya berlaku ketika ujian atau peperiksaan sahaja. Tetapi sekarang nampaknya murid-murid perlu membiasakan diri belajar dalam keadaan ini.






Promosi minda sihat/ isu pergaulan lelaki perempuan dan pemakluman jadual pergerakan pelajar untuk waktu rehat dan waktu balik sekolah


Murid-murid akan rehat secara bergilir mengikut masa yang ditetapkan untuk mengekalkan penjarakan dan mengelakkan kesesakan di kantin. Murid akan keluar dengan ditemani oleh guru mata pelajaran semasa dan balik semula ke kelas setelah selesai mengambil dan membayar makanan yang siap berbungkus, dan makan dalam kelas di bawah pantauan guru mata pelajaran yang berikutnya. Murid dan guru tidak dibenarkan makan di kantin. Kebiasaannya tidak seorang murid pun dibenarkan makan dalam kelas, hatta untuk buat majlis pun tidak dibenarkan! Betul-betul norma baharu.

Pelan lantai kantin menunjukkan pergerakan masuk dan keluar murid.






Murid-murid dilepaskan balik ke rumah dalam keadaan bergilir untuk mengelakkan kesesakan. Jadual khas telah dikeluarkan sebagai panduan guru dan murid.



No comments:

Post a Comment