Program Tuisyen Rakyat yang diterajui oleh Yayasan Pelajaran MARA ini merupakan kemudahan kelas bimbingan
tambahan yang diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar calon SPM & UPSR
daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya di luar bandar. Objektifnya adalah
untuk meningkatkan tahap penguasan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik,
sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan.
Berkonsepkan kelas tuisyen secara
berpusat, ianya dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), atau sekolahsekolah terpilih sebagai tuan rumah dengan setiap pusat tersebut akan disertai oleh
100 orang pelajar. Pelaksanaannya adalah berkonsepkan Corporate Sosial Responsibility (CSR)
oleh agensi-agensi di bawah KKLW sebagai agen pelaksana. (Klik link untuk maklumat lanjut).
BRASS melahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan MARA kerana meneruskan program ini untuk kecemerlangan generasi hadapan. Semoga semua murid yang terlibat mengambil peluang keemasan ini untuk kecemerlangan peperiksaan SPM yang akan datang.
No comments:
Post a Comment