PROGRAM MENTOR MENTEE 2022
TARIKH: 11/4/2022
HARI: ISNIN
MASA: 7.40 PAGI
TEMPAT: DATARAN SAUJANA
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Dalam pelancaran program berkenaan, fail mentor mentee setiap kelas diserahkan kepada penyelaras setiap tingkatan manakala guru kelas berada di dalam kelas mengawasi pelajar-pelajar
Ucapan oleh puan pengetua, Puan Hanita Bt Kassim |
Puan Nabilah - penyelaras tingkatan 1 |
Puan Norzalina - penyelaras tingkatan 2 |
Encik Zuhari-penyelaras tingkatan 3 |
Encik Edrin Faisal -penyelaras tingkatan 4 |
Encik Ridzuan Shah - penyelaras tingkatan 5 |
No comments:
Post a Comment