9/5/2022 - Bermulalah sesi persekolahan di mana semua sekolah di Malaysia dibenarkan untuk beroperasi berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu. Walaupuan kelonggaran telah diberikan oleh pihak kerajaan, guru-guru dan para pelajar perlu sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya agar rantaian covid 19 ini dapat diputuskan dengan kadar yang segera seterusnya membolehkan seluruh masyarakat dunia menikmati kehidupan normal seperti dahulu.
Suasana yang dirindui oleh semua guru di mana pelajar-pelajar berhimpun di Dewan Bitara dan membaca al-mathurat sebelum majlis perhimpunan rasmi bermula. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih diberi peluang untuk berhimpun beramai-ramai dan bersama-sama mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran sebagai penenang serta penyejuk hati dan jiwa.
Kali ni, semua pelajar berpeluang mendengar amanat daripada Puan Pengetua di hadapan mata mereka sendiri. Baru ada 'feel', bukan? hehe
|
'Berusahalah bersungguh-sungguh wahai anak-anak BRASS' - Puan Pengetua |
|
'Segala impian boleh dicapai sekiranya kalian semua berusaha' - Puan Pengetua |
Suasana sewaktu perhimpunan rasmi adalah seperti yang telah dijangkakan. Tetapi bagaimana pula suasana di kantin sekolah ya..hmm..jom kita terjah!
|
Tu diaaaa!!! seperti ingin menyaksikan konsert Justin Bieber 😁 |
|
Mereka berkata di dalam hati "rasa nak marah, tapi kena SABARRR" 😂 |
|
Kami makan dulu ya! 😅 |
YANG PALING PENTING, pelajar-pelajar telah diwajibkan untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah sebelum pulang ke rumah masing-masing. Pelajar lelaki akan mengerjakan solat Zohor di dalam Dewan Bitara manakala pelajar perempuan di dalam surau. Syukur, saf kembali rapat :)
|
Rapatkan saf, teguhkan kembali silaturahim |
Admin berpendapat pengoperasian sekolah berlaku dengan lancar sekali pada hari ini. Namun begitu, penambahbaikan mungkin boleh dilaksanakan bagi mengatasi segala kelemahan yang ada. Marilah kita bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga BRASS.
No comments:
Post a Comment